Tuesday, September 13, 2011
Bila ditengok balik kali terakhir aku mengepost di blog ni, rupanya Januari lepas. Aku langsung tak terfikir untuk update blog ni sehinggalah Mas Joko tanya pasal blog aku yang dah lama tak berupdate. Huhu.
Kebelakangan ini, well, lebih kurang la, aku dah kehilangan bakat... cewah. Kehilangan sentuhan seperti dulu yang mempunyai idea yang pelbagai untuk dicoret, diconteng dan dipapar untuk khalayak ramai ibarat papan iklan kat tengah highway, yang orang tengok tapi tak ada makna apa-apapun. Hahaha. (Ada sesetengah tu menggoda juga iklannya).
Mungkin aku lebih gemar untuk menyimpan segala macam untuk diri sendiri. Sudah malas untuk berkongsi. Lagipun, apa yang menariknya hidup aku ni, selain menambahkan lemak di badan. Hohoho.
Apapun, inilah dia antara perkara yang bolehlah diceritakan sedikit sejak kali terakhir aku post:
Berakhirnya Harry Potter: Yup, Harry Potter sudah tamat. Buku dan filemnya sudah sampai ke penghujung. Bagi aku, cukuplah dulu segala benda tentang Harry Potter. Pottermore dan lain-lain, aku malas nak ambil tahu. Lagipun, aku bukannya peminat gila nak mampus. Hoho. Just minat untuk mengetahui dengan mendalam sahaja isi cerita. Bila dah habis, habis la. Apa lagi mau? Hohoho. Berkenaan filem 'Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2', ia adalah suatu paparan filem yang menarik tetapi boleh dilupakan. Rasa lepasa tengok 3-4 kali (pergi wayang sekali je), langsung sudah tawar hati dengan mengenangkan tiada lagi apa-apa selepas ini. Apapun, babak Snape tetap mengancam, hatta dalam buku mahupun filem. Terasa gila di dalam hati ini. Cewah~

Alumni KMJ: Yaaa. Sejak Januari hingga kini, perjalanan Alumni KMJ daripada bayangan (ala-ala kabinet bayangan gitu) hinggalah menjadi kenyataan. Alumni KMJ secara rasminya telah sah berdaftar (dah ada sijil lagi tu) dengan aku yang diberi amanah untuk menjadi Yang Dipertua sehingga 2013 (tolonglah jangan aku lagi lepas tu). Alumni KMJ ni lebih besar berbanding alumni lain kerana ia melibatkan ribuan bekas pelajar. Ya! RIBUUUUUU~~~~ hohoho. Mana taknya, setahun pelajar seribu setengah hingga 3 ribu. Bayangkan sekarang ni dah sepuluh tahun. Hohoho. Bukan calang-calang. Apapun, aku akan cuba buat sebaik yang terdaya hinggalah peranan itu diserahkan kepada yang lain.
FAC: Facilitator Alumni Club. Rasanya, tak banyak perubahan sejak dari awal tahun sehinggalah pemilihan fasilitator Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011/2012. Yang ini nanti akan aku buat satu post khas, dari kerja-kerja, aktiviti dan pelbagai lagi.
Masterchef Australia Season 2: Hoho. Aku sebenarnya taklah berapa minat kalau bab-bab masakan kat TV sebab membuatkan aku terliur lebih. Tapi, berbeza pula bila aku tengok Masterchef Australia Season 2. Kelihatan menarik pula. Tak memasal, aku collect semua episod. Tapi, untuk ke dapur, masih belum la. Tak berkesempatan kot.
The Simpsons: Sebelum ni, aku tak berapa minat untuk tengok The Simpsons. Aku masih ingat, masa kecil dulu, tahun 1996, aku ingat cerita kartun ni mungkin seronok seperti cerita Doraemon. Last-last, tak faham. Sekarang ni, aku tengok, baru boleh faham lawaknya. Siapa sangka, the Simpsons ni, walaupun nampak bodoh dan tak guna punya cerita, tapi di sebalik cerita itu, memang sebenarnya khusus untuk mereka yang boleh fikir sahaja. Watak-wataknya akan menimbulkan perasaan suka pada satu-satu episod, pada episod yang lain, menimbulkan perasaan meluat dan benci. Apapun, dah habis tengok semua episod, tak sabar nak tengok musim terbaru.
Your Profile, Your Story: Memang sangat lama aku tak update dan aku sudah tak ada hati nak update. Terutama sekali, aku tak ada masa banyak. Aku kena kerja, belajar, urusan persatuan, urusan peribadi dan banyak lagi. So, untuk aku sepenuh masa atau separuh masa untuk meneruskannya, buat masa ini tak perlu lah. Kiranya, aku bersara sahajalah.
Puasa & Raya: Puasa & raya tahun ni macam sangat cepat. Sungguh rasa tak puas berpuasa hari tu. Haha. Mana taknya, dalam sebulan tu aje, berapa kali aku sahur McD. Naik badan aku masa puasa. Masa raya, aku turun berat sikit sebab aku tak suka sangat makan makanan raya, rendang dsb. Tapi, antara favourite aku untuk raya ni ialah asam laksa dan lontong berkuah lodeh. Fuh. Dua-dua berkuah. Haha. Membuatkan aku cepat kenyang dengan kuahnya aje.
Ke Kuching: Lewat bulan Julai, sebelum berlangsungnya Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2011 di UM, aku ke Kuching dengan alasan nak lawat adik aku di Kota Samarahan. Hoho. Dengan itu, ia menjadi detik yang agak bermakna kerana itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pulau Borneo. Hohoho. Sedih gile hidup. Tak dilupakan juga, aku berjumpa semula dengan Fattah, kawan baik aku semasa di Seratas. Thanks to him, bawa aku jalan-jalan dan belanja makan terutama sekali memperkenalkan aku kepada umai, iaitu sejenis makanan Melanau. Ada ikan mentah dan obor2 (rasanya). Sangat sedap (tapi sangat pedas). Apapun, itulah menu istimewa terbaru yang aku minat. Nak cubalah nanti. Hehe.
Rasanya, untuk itu sahaja dulu. Sepanjang masa antara Januari hingga kini, aku banyak terlibat aktiviti FAC yang membuatkan aku terhibur. So, sebab tu aku malas nak post blog lagi kalau dah ada benda yang menhiburkan hati, ye tak? Bizi~ Bizi~
Apapun, aku tak janji tentang post akan datang. Tak payah la tunggu (ada ke yang nak tunggu?). Kalau ada, ada la. Hehehe. Sekian...
Wassalam...
About: book, diary, movie, television
Tuesday, January 11, 2011
Perkara yang Mungkin tidak Diketahui Bayi 2011
5 comments Posted by giantpolar at 1/11/2011 12:46:00 PMHuffington Post telah meletakkan satu kisah yang bertajuk “You're Out: 20 Things That Became Obsolete This Decade” (Anda Ketinggalan: 20 Perkara yang Akan Luput Dekad Ini). Ia merupakan satu retrospektif tentang anjakan teknologi yang telah kita lakukan sejak bermulanya abad baru ini dan pastinya perubahan itu bakal membentuk kehidupan kanak-kanak kini.
Idea tersebut kini diambil dan ditambah untuk membentuk hal ini: Adakah anda fikir kanak-kanak yang lahir tahun 2011 akan kenal benda-benda ini?
Pita video: Bermulanya tahun ini, kebanyakan berita terkini direkod, disunting dan diedarkan ke stesen TV tanpa memerlukan sebarang pita. Bukan itu sahaja, kamera penyiaran tanpa pita yang diguna kini menawarkan kualiti yang lebih baik dari apa yang kita dapat bayangkan 10 tahun lalu – malah lebih murah dari harga kanta kamera yang kita pernah gunakan dulu. Mungkin lepas ini, mereka lebih mengenali pita pelekat berbanding pita video.
Agen pelancongan: Masih lagi wujud kini, tetapi sedikit sebanyak telah digantikan oleh internet. Bayangkan kalau hendak berbulan madu, adakah budak-budak yang lahir 2011 akan jumpa agen-agen begini?
Jurang kerja dan rumah: Apabila anda bawa komputer kecil di dalam poket anda, bukan sahaja kawan dan keluarga yang akan sibuk menghubungi anda. Begitu juga bos anda. Bagi kanak-kanak yang lahir tahun ini, mungkin sukar untuk mereka bezakan rumah dan kerja.
Buku, majalah, surat khabar: Zaman tulisan pada pokok mati sudah berlalu. Dengan adanya e-majalah, blog, surat khabar dalam talian dan sebagainya, siapa yang ingin memenuhkan buku di rumah jika malas untuk ulang baca? Pastinya bagi masa akan datang, buku masih dijual, tetapi mungkin bilangannya sama seperti bilangan orang menjual CD sekarang ini. Tauke surat khabar lama pun mungkin kena masuk Jobstreet juga lepas ni untuk cari kerja baru.
Kedai sewa video: Ada lagi ke orang yang memandu kereta jauh-jauh semata-mata untuk menyewa cerita yang hanya tempoh masanya beberapa hari?
Jam tangan: Mungkin bertatahkan berlian, bertalikan kulit haiwan atau bergaya tetapi anda tetap mengharapkan smartphone untuk merujuk masa, yang sudah tentu anda ingat untuk dibawa ke mana-mana.
Kertas peta: Kalau dulu, pasti akan ada di mana-mana stesen. Kini, siapa yang perlukan jika anda ada GPS. Paling tidak pun, buka Google Map dan sudah pasti anda boleh lihat terus destinasi yang ingin dituju sebelum keluar rumah. Mungkin generasi akan datang perlu ke muzium untuk melihat kertas peta seperti seperti kita lihat peta Tanah Melayu dulu-dulu.
Telefon berkabel: Untuk apa kita bayar duit setiap bulan semata-mata untuk telefon yang dicucuk plag ke dalam dinding. Lebih baik kita bayar sesuatu yang kita akan bawa ke mana-mana. Pra-bayar pun boleh…
Panggilan jarak jauh: Terima kasih kepada internet, kita tak perlu lagi membayar berpuluh-puluh ringgit untuk menghubungi seseorang yang berada di negeri atau negara lain.
Rampai iklan surat khabar: Siapa lagi yang akan membeli surat khabar semata-mata untuk melihat iklan atau jualan dalam kotak kecil.
Internet Dial-up: Dengan adanya broadband, buat apa kita nak dail dulu?
Ensiklopedia: Bayangkan dulu-dulu, setiap ahli cendekiawan akan pasti mempunyai koleksi ensiklopedia yang mahal, berjilid-jilid. Dari hujung kiri rak hingga hujung kanan rak, penuh dengan warna kulit buku yang sama. Tapi, belum habis baca dari satu ke satu, maklumat da berubah pula. Kena bali lagi yang baru. Benda itu semua tidakpun terfikir oleh mereka di zaman akan datang. Apa yang ada? Wikipedia.
Kawan lama: Ingat tak lagi apabila kawan lama menyebut nama seseorang yang anda kenali di sekolah dulu dan anda jawab, “Oh ya, dia tu! Dah tak ingat dah…” Generasi seterusnya, mereka akan kekal berhubungan walaupun tidak pernah berjumpa. Itulah gunanya Facebook.
Lupa pelbagai perkara: Kanak-kanak kini tidak perlu bergaduh semata-mata kerana perkara yang kurang diketahui. Kebanyakan ilmu kini di dalam poket atau di riba anda. Sejak itu, pernah tak kita sibuk untuk hafal dan ingat macam-macam?
Berita terkini: Berita berubah dari semasa ke semasa. Kalau anda tiada dirumah untuk menontonnya, apa susah. Internet ada di hujung jari.
CD: Dulu piring hitam, kemudian kaset, lalu CD – menggantikan koleksi muzik pernah menjadi satu perkara yang memakan duit. Anda perlu ke kedai untuk mencarinya. Malangnya, tidak semua kedai menjual muzik yang kita ingini. Kini, adalah (lebih) murah dan mudah dengan adanya Internet.
Kamera filem: Bagi yang betul-betul mengaji, mungkin tahu tetapi kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan hari ini, perkataan filem itu tidak lebih dari apa yang ditayangkan di panggung wayang. Malah, kamera digital – video atau biasa --- juga bakal mengalami kepupusan apabila komputer poket atau telefon mudah alih mengambil peranan itu dengan begitu pantas.
Buku Telefon Kuning dan Putih: Sudah lama dilupakan. Lagipun, siapa yang nak bawa buku seberat 3-5 kg semata-mata untuk cari seorang saja?
Katalog: Tak guna hantar buku atau risalah jualan sedangkan kita boleh tengok jika ada jualan di mana-mana pada bila-bila masa sahaja. Kalau nak, emel sahajalah. Lagipun, peti surat rumah kita pun dah penuh dengan kertas-kertas yang entah sejak bila wujud di situ.
Mesin faks: Pernah dengar tak "scan," ".pdf" dan "emel"?
Gambar berbingkai-bingkai: Kalau kita datang rumah, pastinya dinding, rak, almari, meja, malah lantai juga penuh dengan gambar. Gambar kahwin, gambar konvo, gambar raya, gambar sunat, gambar anak bogel dan segala macam lagi, sehinggakan warna cat dinding pun dah dilupakan. Dengan adanya lapan gigabait gambar atau video dalam bingkai digital kini memudahkan untuk lihat. Kalau nak tunjuk, pasang sahaja “slide show” di TV atau skrin besar. Jadi, bolehlah budak-budak nanti lebih risaukan tentang cat dinding.
Wayar: Wayar kabel telefon ke dinding? Wayar untuk sambung komputer, TV, radio dan lain lagi? Wayar untuk sambung internet? Haha. Di Malaysia masih banyak lagi. Bagi budak-budak yang dilahirkan 2011, perkara itu mungkin menyusahkan. Malah, wayar yang digunakan mungkin hanya untuk menyambungkan elektrik sahaja.
Surat tulisan tangan: Siapa peduli? Malah, bila kali terakhir anda menulis tulisan bersambung, yang berbunga-bunga? Tahu tak rupanya macam mana? Budak-budak akan datang memang tidak ingin ambil tahu. Tulisan buruk macam mana sekalipun, itu bukan satu perkara besar. Guna sahaja papan kekunci dan gunalah font yang cantik. 
Bercakap dengan satu orang pada satu masa: Ingat tak, kalau dulu, adalah biadap kalau bercakap dengan seseorang ketika menelefon? Sekarang ni, anda akan memberikan pesanan teks pada 5-10 orang sambil berpura-pura menumpukan perhatian pada orang yang duduk di hadapan anda.
Surat: Apa saja yang tinggal jika anda tolak surat bil yang boleh dibayar melalui internet, cek yang boleh didepositkan terus ke dalam bank dan surat sampah yang penuh dengan iklan? Jawabnya: Hal-hal birokrasi yang menghabiskan duit pembayar cukai setiap tahun.
Iklan TV: Sungguh mahal, boleh dielakkan dengan DVR dan tak berapa berkesan untuk menarik penonton. Lainlah kalau anda dipaksa tengok, tapi siapa yang nak tengok iklan TV?
Iklan radio: Bosan dengan iklan radio, membebel, menyanyi sumbang dan sebagai antara lagu di radio? Program muzik seperti Pandora akan memberikan penyelesaian kepada anda untuk tidak risau dengan iklan mengarut antara lagu.
Buku catitan nombor telefon: Kalau dulu, nombor adalah suatu yang paling selalu bermain di kepala. Cakap sahaja nombor siapa, kita akan ingat dengan mudah. Nombor rumah, nombor pejabat, nombor kawan rapat? Paling tidak pun, kalau banyak sangat, kita aka nada satu buku khas yang menyimpan semua nombor telefon. Kini dan akan datang? Cari nama, dail sahaja. Ada kisah tentang nombornya?
Sembunyi: Dahulu, jika anda tidak menjawab telefon rumah, tiada siapa yang tahu anda hidup, mati atau di mana. Kini, dengan telefon di dalam poket anda – ia mampu beritahu semua – termasuk musuh anda, di mana anda berada.
Thursday, November 25, 2010
"Oh bagaikan mimpi nan indah
Dan tak mudah
Kuterlupakan anugerah gelaran bermakna" - Kaulah Bintang
Tak sangka, dah sampai ke penghujung tahun 2010. Bahagian post ni, rasa macam baru saja aku buat pasal anugerah ni tahun lepas. Tak sangka, dah ada edisi terbaru. Anyway, there are awards to be announced, so, let it begins!
2010 Awards
* Best Day Award - No winner
* Best Memory Award - Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMJ 2010/2011
* Best Friend Award - No winner
* New Friend Award - PRD KMJ 2010
* Best Enemy Award - *You-Know-Who*
* Song of The Year - Inilah Cinta by Akim
* Movie of the year - Harry Potter and the Deathly Hallows Part. 1
* Male Singer of the year - Shahir AF8
* Female singer of the year - Ana Rafali
* Duo/Band of the year - Hotfm, Monkeybond Artis
* Actor of the year - Shaheizy Sam
* Actress of the year - Lisa Surihani
* TV program of the year - Glee Season 1
* DJ of the year - Fara Fauzana at hot.fm
* TV host of the year - Ally Iskandar & Faizal Ismail on Anugerah Juara Lagu 24
* Scandal of the year - No winner
* Best Hang Out Spot - Putrajaya
* Best Cinema - No winner
* Best Eating Place - Anggerik Kuring, Damansara
* Best Bowling Spot - No winner
* Best Bookshop - No winner
* Best Shopping Spot - Internet. Irresistable!
* Best Karaoke Spot - In my car, as usual. Huahuahua...
* Mostly Done Activity - Surfing internet
* Best Website - Your Profile, Your Story. "It's mine!"
* Best Book - The Red Pyramid by Rick Riordan
Sunday, October 17, 2010
"Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu" - Dimana Kan Ku Cari Ganti
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama
Begitulah bait-bait yang didendangkan dalam lagu "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" dendangan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee yang dipopularkan melalui filem 'Ibu Mertuaku'. Lirik-liriknya jelas menyatakan akan kehilangan seseorang yang tiada tolok gantinya, hinggakan dipersoal-soalkan adakah akan ada pengganti ataupun tidak. Begitulah juga dengan ruangan seni tanah air yang semakin lama semakin banyak hasil seni hilang arah tuju, tiada erti dan tiada lagi unsur-unsur kehalusan seni. Lihat sajalah filem mahupun lagu yang didendangkan Allahyarham, tidak kenal batasan ruang mahupun masa, sentiasa wujud dalam kenangan mereka yang pernah mendengar mahupun menontonnya. Entah tak semena-mena, Astro telah menjadikan Oktober 2010 sebagai bulan mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham setelah Allahyarham meninggal dunia pada Mei 37 tahun dahulu. Memang tidak terkata banyaknya sumbangan Allahyarham pada industri seni tanah air walaupun tempoh hayatnya terlalu singkat. Tetapi, bayangkan, apa yang akan terjadi jika semua halangan-halangan yang wujud tidak berlaku. Bayangkan apa jadi jika Studio Jalan Ampas tida pernah ditutup. Bayangkan jika kegemilangan wayang tidak pernah ditenggelami oleh majunya televisyen. Bayangkan jika Singapura tidak pernah keluar dari Malaysia. Bayangkan jika P. Ramlee tidak terlalu tension hingga memamah kesihatannya sedikit demi sedikit. Tapi, bayangan tidak bermakna apa-apa.
Diambil dari web Omar Hashim: "Di Pusara P. Ramlee, Jalan Ampang, K. Lumpur. Tahun 1984 - Dari kiri: Sheikh Ali Sheikh Muhammad (abang seibu P. Ramlee), Mazlan Ahmad (pelakon tambahan filem Melayu), Nasir P. Ramlee (anak P. Ramlee), Normah Kamaruddin (bekas kekasih P. Ramlee - bapanya Master Kamaruddin ialah guru muzik P. Ramlee di P. Pinang), Seniwati Norizan Mohd Noor (isteri ke-2 P. Ramlee) dan Omar Hashim (pemilik blog)Jelas, melalui lagu terakhirnya, "Air Mata Kuala Lumpur", Allahyarham sendiri tidak pernah melihat harapan dirinya dalam industri seni tanah air. Bayangkan betapa kecewanya dia selepas berpindah ke Kuala Lumpur, selepas dia merosot sedikit demi sedikit. Lagu-lagunya sudah diketepikan. Penampilannya disorak malu malah dihalau. Filem-filemnya pula sudah hilang popular, dan tidak kurang juga ada yang rugi. Semuanya akibat rakyat Malaysia ketika sudah enggan menerimanya lagi. Tapi, sudah lumrah manusia. Apabila seseorang itu sudah tiada, barulah kita sedar ketiadaannya, dan masa itulah kita mula mengagung-agungkan apa yang ditinggalkannya.
Tapi, yang telah berlalu, biarkan berlalu. Kini, legasi hebatnya masih lagi mampu dijadikan contoh untuk menggarap sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengembangkan seni muzik, penulisan, wayang, persembahan mahupun lakonan. Yang itu, masih belum terlambat. Cuma kita masih mahu membuka mata kita ataupun tidak sahaja. Jangan sampai orang asing mengambil kesempatan dan menemui permata berharga disebalik apa yang kita ada sedangkan kita hanya berputih mata.
Setelah pemergian Allahyarham, terdapat dua versi lagu ini yang aku minat. Satu ialah nyanyian isteri Allahyarham sendiri, iaitu Allahyarhamah Salmah Ismail @ Saloma. Beliau menyanyikan lagu ini dalam rancangan 'Irama dan Lagu' dalam rangkaian Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) pada 1981, 2 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Nyanyian Allahyarhamah juga turut berpotensi untuk meruntun hati. Lebih-lebih lagi, lagu yang mendayu-dayu dinyanyikannya itu ialah lagu orang yang paling disayangi.
Yang ini pula ialah versi terkini oleh artis-arti muda yang dibuat sempena Bulan P. Ramlee di Astro. Yang menyanyikannya ialah Aizat, Azlan, Shahir, KRU, Vince, Ella, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Stacy, Jaclyn Victor, Bunkface dan Atilia. Nicely done.
P/S - Still mengharapkan season baru untuk P. Ramlee the Musical. Huhu...
Wassalam.

