10/30/2008

Kembara Ringkas: The countdown...

"Menjelang detik kebenaran
Bagai burung terbang bebas
Kita menuju kegemilangan"
- Bersatu Selamanya

Tick... tock... tick... tock... hickory dickory dock... hahaha... kehangatan suasana peperiksaan sudah melanda. Kat rumah ni, my sisters tengah periksa and tomorrow will be their last paper. And for me, my first and second paper is next Thursday, Biophysics and Atmospheric Physics. Haha. Bengong. Note melambak atas katil but langsung tak study. Well, that's the reality of me. Bad habit which is getting worst... Study in last minutes.

Apapun, One just messaged me that she just watched High School Musical 3: Senior Year and she said it was great. I can't say anything coz I don't even know when I'm going to watch the movie, even more when examination is around the corner, I have to put it aside for awhile (Don't know how long, though). We also talked a bit about our trip to Langkawi this end of year. Haha. Don't get jealous because when it's about fun, we can beat anything! Well, I don't expect a week in Langkawi will be full of fun because I'm supposed to do observation for my project and it's way more tough than I expected day by day. Wish me luck, guys!

Urm... Hold on, am I writing in English and Malay altogether in a sentence? Kelam kabut posting aku kali ini. Haha. Rojak campur pasemboq. Apapun, aku harap aku dapat buat dengan ok exam akan datang dan... hell... I'm starving right now and my stomach is aching! Have to stop now. Urgh....

Wassalam...

10/27/2008

Kembara Kerja: Konvensyen Falak Kuala Lumpur 2008

"Dunia hanya naungan
untuk makhluk ciptaan tuhan"
- Keagungan Tuhan

Semalam dan hari ini (25 & 26 Oktober 2008) telah diadakan Konvensyen Falak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur anjuran UTM KL dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Kejuruteraan Geomatik, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Wilayah dan Falak Online. Aktiviti yang ada antaranya ialah pameran, seminar, forum dan lain lagi. A

Aku ikut sama Kumpulan Fizik Angkasa UM untuk pameran di sana. So, hanya 4 orang je dari UM pada hari Sabtu dan kitorang sampai di Masjid Wilayah lebih kurang pukul 9. Kitorang naik kereta William je sebab masing-masing malas nak bawak kereta masing-masing. So, sampai-sampai, kitorang terus set-up.

Sepanjang hari tu, kitorang gilir-gilir jaga pameran sebab ada yang nak duduk dalam dewan untuk dengar ceramah falak. Aku sempat dengar pembentangan kertas kerja atau ceramah oleh Ustaz Hanapiah Abdul Razak, Ketua Unit Falak, Jabatan Mufti Johor dan Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin, my supervisor… haha. Pastu sempat jugak seorang lagi iaitu Dr. Azahari Mohammad, Pengarah Seksyen Geodesi JUPEM. Dr Azahari tu sangat mengingatkan aku kepada Shafiq. Entahlah. Somehow muka dan gaya dia lebih kurang jek…

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket


Apapun, lepas solat Zohor, aku sempat la pusing-pusing masjid dan masjid ni sangat besar tapi isi dia macam tak ada. Haha. Boleh ek gitu? Designnya agak special sebab dia ada banyak ruang khas seperti dewan serbaguna, dewan pernikahan dan kawasan lapang di depan masjid. Tapi, bila tengah panas, kawasan tu tak ada orang nak pergi sebab lantainya marmar. Macam pijak bara jek. Cantik je la kawasan dia. Luas pulak tu.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket


Anyway, sesi hari Ahad aku tak dapat datang sebab aku demam. Gila-gila punya demam tadi. Aku hanya baring sepanjang masa. Tidur pun susah sebab badan sakit-sakit. Huhu. Simptom dia dari Jumaat lagi dah rasa tapi sebab Sabtu tu tak cukup tidur, hari Ahad memang tak boleh bangun. Nasib baik dah waktu macam ni. Minta-minta waktu tengah exam tak kena serang sakit. Kalau tak, naya jek. Huhu.

Wassalam.

10/24/2008

Kembara Varsiti: Praktikal Gamelan - The Grand Finale

"Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey"
- Rasa sayang

Akhirnya, kelas Gamelan aku tamat juga. Ketika kelas 2nd last, masing-masing nak ikutkan, belum cukup ready untuk persembahan 23 haribulan, terutamanya penyanyi kerana mereka practice baru berapa minggu (dan satu minggu, sehari je kelas).

Anyway, dalam pada itu, aku dah tau main saron (haha, ketuk macam nak pecah), slentum (macam takde bunyi je yang kat muzium punya tu), bonang (tapi still kelam kabut gile), gambang (yang ni aku agak master walaupun tempo agak laju) dan gong (senang je). Kiranya, banyak gak alat muzik gamelan aku dah tahu, so, sangat tak sia-sia aku ambil gamelan kerana aku bukan belajar satu objek sahaja.

Photobucket
Kelas last
Photobucket
Bukan sedih tapi tengah tunggu next round
Photobucket
Jom ketuk gong
Photobucket
Goodbye...


Ketika kelas last iaitu 21 haribulan, kitorang kena angkat semua alat-alat tu dari muzium ke DTC (Dewan Tunku Canselor) untuk persembahan nanti. So, inilah first time dok angkat semua barang-barang tu dan ternyata semuanya sangat berat! Haha. What was I expect, then? Kan logam dan kayu semuanya. Kayu pulak jenis kayu yang berat. Haha. Bayangkan nak masukkan semua tu dalam van, 1 gong, 2 bonang, 1 gambang, 1 slentum, 1 kenong, 3 gendang, dan 5 or 6 saron. Haha. Last-last, tak dapat isi semua jugak. Gambang dan kenong kena ambil untuk trip kedua.

Di DTC, suasananya of course berbeza lagi-lagi gong, kerana gong yang di bawa ke DTC tak sama dengan yang ada di muzium, so, bunyi dia lain. 2 kali cubaan baru aku dapat sesuaikan dengan muzik yang lain. Walaupun group berlatih dah banyak, tapi aku tak expect semuanya akan sempurna untuk Khamis nanti sebab still ada sedikit kelemahan. Masa rehearsal hari Rabu tu pun, sangat kelam kabut dan tak sekata. Haha. Hantam saja. Janji enjoy…

Photobucket
Nak angkat tak ni?
Photobucket
Sempat gosip
Photobucket
Gong je dah brape kg...
Photobucket
Setting alat
Photobucket
Kena lecture sat


Hari Khamis pula, Pesta Pendidikan Ko-kurikulum Sem 1, 2008/2009 diadakan anjuran SKET. Dimulakan dengan persembahan komponen umum dan sukan pada waktu pagi baru diikuti dengan persembahan kebudayaan. Pada masa yang sama, di bahagian depan pintu masuk, ada pameran bagi kursus ko-kurikulum yang tidak membuat persembahan seperti seni lukis, kelab bimbingan dan pameran sukan.

Praktik Gamelan punya turn ialah pukul 11.30, selepas Elementary Guitar. Gitar tu Shafiq join dan aku nampak banyak juga bebudak fizik ambil ko-kurikulum sem ni. Ada yang masuk silat cekak Hanafi, macam Ragib. Kalau tak silap, sem lepas, bebudak fizik yang aku kenal, ramai berlonggok kat Gamelan. Haha.

Ketika di belakang pentas, sempat lagi bergambar. Aku pula guna kamera Akma untuk ambil pics. Haha. Dia dengan demamnya nak buat performance, kesian dia. Tu yang muka dia ‘ketat’ je masa perform. Main saron je pun, tapi yang payahnya sebab dia main lagu ‘cincang’ yang membentuk tempo dan irama Timang Burung. Anyway, kitorang mainkan lagu Timang Burung, Perang Kecil, Sumazau, Dayung Sampan dan Rasa Sayang. Kalau dilihat balik, persembahan tadi better dari masa rehearsal, cuma nyanyian agak lari sikit tempo (sorry Kak Lina, bukan kutuk tau…) dan agak tenggelam suara ensemble nyanyian ketika Rasa Sayang.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Thank you guys sebab datang tengok!


Sangat gembira bila tengok geng-geng dari Fizik tengok persembahan kitorang walaupun aku sem lepas tak tengok persembahan diorang. Haha. Baik gile. Thanx la kat One n Shamim yang beriya jugak datang untuk support. Bawak cam untuk ambil gambar. Haha. Sempat lagi masa lunch tu gi Sushi King sekali dengan Syed kat mid, dengan aku yang pakai baju melayu siap sampin songket… Rasanya tak apa sangat kot sebab aku tak pakai songkok kat mid. Kalau aku pakai, macam pengantin yang baru lepas nikah kat Hotel atas mid tu. Haha.

Petang tu, tunggu result bagi Pesta Pendidikan Ko-kurikulum tu. Ini result dia:

Pameran:
1. Bimbingan kerjaya
2. Yoga dan sains
3. Asas protokol dan imej diri

Persembahan budaya
1. Asas tarian rakyat Cina
2. Praktik sitar
3. Asas tarian kebangsaan

Persembahan demonstrasi komponen umum dan sukan
1. Silat cekak Hanafi
2. Silat gayung Fatani
3. Waja Diri Tang Lang Chuen

Walaupun tak dapat apa-apa, pengalaman belajar tu dah cukup berharga. Apapun, sangat tak puas main gamelan sem ni. Sangat sekejap dan tak banyak lagu yang dimainkan sebab lebih kepada target persembahan. So, bila Puan Hamidah offer untuk sambung main lepas ko-kurikulum ni, aku memang tak segan silu dan tanpa berfikir panjang, terus setuju untuk join lagi-lagi bila Kak Lina ajak.

So, tamat sudah ko-kurikulum yang merupakan subjek wajib universiti untuk grad. Dalam sem ni, kelas Gamelanlah yang paling aku suka dan menggembirakan sebab ia melepaskan tension, satu, sebab ia muzik, memang betul muzik release tension lagi-lagi lagu klasik tradisional. Satu lagi, kita mengetuk. Ia memang melepaskan energy yang tak perlu seperti ketika bad mood or tengah marah. Bila dapat ketuk gambang or bonang, lega giler. Rasa enjoy sangat-sangat. Macam some people suka band gig untuk release energy dalam keadaan excited state, head banging or something, but for me, ia melepaskan tenaga dalam bunyi yang harmoni lantas membuatkan aku sentiasa tenang dan berada dalam keadaan ground state. Hahaha…

Apapun, I’ll miss this class very much and I already am. Thanx to Pn Hamidah yang mengajar dan melayan karenah aku yang paling gila-gila dan bising dalam kelas. Thanx jugak untuk Akma, ajak aku main gamelan, Kak Lina, Che’, Cat, Rasul dan lain-lain yang aku tak sempat kenal nama seorang demi seorang tetapi diorang masih layan aku yang sentiasa excited dalam kelas gamelan ni. Thank you guys for a very good time and I’ll miss you guys a lot….

Photobucket
Photobucket
I've never been happier


P/S: 6 gambar terakhir ihsan dari kamera Shamim sebagai tukang tangkap gambar. Haha. Aku push dia bagi gambar tu secepat mungkin. Entah dia tension ngan aku pasni. Haha...

Wassalam...









Kembara Muzikal: Bengawan Solo

"Bengawan Solo
Riwayatmu ini..."
- Bengawan Solo

Ketika aku tengah surf youtube nak cari lagu-lagu dari P. Ramlee the Musical minggu lepas, aku terjumpa satu video klip nyanyian P. Ramlee dan Saloma yang berwarna. Kali last tengok P. Ramlee dalam TV warna ialah filem Hang Tuah. Apapun, yang ini bukan filem, just nyanyian yang ditera di situ, dari filem Hong Kong yang bertajuk "Love Parade". Tak hairan P. Ramlee boleh ada dalam filem Hong Kong kerana even filem Singapura dulu pun terbitan Shaw Bros. yang ibu pejabatnya di Hong Kong. Banyak pelakon kita berlakon dalam filem buatan Hong Kong pun masa dulu seperti Jins Shamsuddin, Saadiah dan Aziz Jaafar. Dalam video ni, boleh la tengok betapa cantiknya Saloma dan P. Ramlee dalam warna mereka yang sebenar, bukannya hitam putih (Baju P. Ramlee tetap hitam putih).



Anyway, video ini menunjukkan P. Ramlee dan Saloma menyanyikan lagu Bengawan Solo yang merupakan sebuah lagu lama dari Indonesia ciptaan Gesang Martohartono (1917-2007) yang lahir dan tinggal di Surakarta (ataupun Solo) sekitar sungai Bengawan Solo iaitu sungai yang terpanjang di Jawa. Lagu ini dicipta dalam bentuk keroncong dan agak popular ketika zaman perang Dunia Kedua.

Photobucket
Album terakhir Pak Gesang


Photobucket
Pak Gesang dan Bengawan Solo


Dalam satu blog pelancongan Indonesia terdapat temubual dengan bekas perajurit Jepun yang pernah berkhidmat di Indonesia berkenaan dengan lagu ini. Nobuo Ikegami yang dahulu merupakan leftenan kedua dan berada di Indoensia selama lima tahun sudah berusia 80 tahun ketika ditemubual di Tokyo dan dia mengatakan lagu ini sering menenangkan fikirannya. Dia turut mengingati lagu ini kerana penduduk tempatan ketika itu sering mengalunkan irama lagu itu.

Minoru Takahashi, 78, dari Osaka yang merupakan mekanik ketika di Perang Dunia di Indonesia pula mengatakan, setiap kali dia rindukan kampung halaman ketika perang dahulu, nyanyian "Bengawan Solo" akan menenangkannya. Dia turut mengatakan bahawa lagu ini sering dinyanyikan bersama rakan askarnya yang lain dalam bahasa Jepun dengan lirik yang ditulis mereka sendiri.

Ketika tentera Jepun pulang, lagu ini telah dibawa pulang bersama dan dipopularkan di tanah terbitnya Matahari itu. Toshi Matsuda telah menyanyikan lagu ini dalam bahasa Jepun pada 1947 iaitu selepas perang dunia dan lagu ini mendapat sambutan yang hangat di Jepun. Video di bawah merupakan video dari filem lama Jepun yang bertajuk 野良犬 (Stray Dog) oleh Akira Kurosawa yang menerapkan lagu Bengawan Solo dalam bahasa Jepun bagi filem tersebut.



Lagu ini menjadi popular di kalangan masyarakat Cina apabila penyanyi Malaya, cik Poon Sow Keng menyanyikannya dalam bahasa Mandarin pada 1957. Selepas itu, banyak versi bahasa Cina dinyanyikan untuk lagu ini hinggakan lagu ini menjadi antara lagu klasik Cina. Tidak lama kemudian, lagu ini tembus di Hong Kong dan China dan versi bahasa Cina turut dirakam. Di Singapura, ia turut terkenal ketika dinyanyikan oleh Frances Yip, seorang penyanyi Hong Kong.

Ini liriknya yang lebih menerangkan ciri sungai tersebut:

Bengawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi
Perhatian insani
Musim kemarau
Tak seberapa airmu
Di musim hujan, air
meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo
Terkurung Gunung Seribu
Air mengalir sampai jauh
Akhirnya ke laut
Itu perahu
Riwayatmu dulu
Kaum pedagang selalu
Naik itu perahu


Boleh dikatakan, lagu itu kini antara lagu rakyat Indonesia yang popular di seluruh dunia (selain Poco-poco). Apapun, sangat best dengar lagu ni. Haha.
Photobucket
Bengawan Solo yang mengalir dari Gunung Lawu


Wassalam…


10/19/2008

Kembara Varsiti: Karnival Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008

"Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga"
- Kolar Biru

Tahun ini, Karnival Kerjaya yang diadakan setahun sekali oleh Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 17 – 19 Oktober. Apa yang boleh dikatakan ialah Karnival kali ini memang di promote habis-habisan, yang menunjukkan agenda setahun sekali itu suatu perkara yang tidak harus dilepaskan oleh setiap orang terutama lepasan dan bakal graduan.

Dectar UKM
Photobucket
"Here I am in UKM"
Photobucket


Venue utama bagi karnival ini berlangsung di Dectar (Dewan Canselor Tun Abdul Razak) iaitu betul-betul di hadapan pintu masuk UKM. Di dalamnya terletak booth-booth syarikat yang menyertai. Apapun, satu keadaan yang tidak efficient di pintu masuknya yang kecil itu ialah berkumpulnya ramai orang yang mengisi borang penyertaan (just to get a bag). Rasanya adalah lebih elok jika dilakukan di kawasan yang lebih luas kerana orang yang berpusu-pusu hendak masuk akan berasa sangat sesak. Dewan tu kan besar.

Banyak booth yang dibuka walaupun tidak begitu meriah dan keadaan sesak di dalam adalah satu perkara yang biasa bagi mana-mana career fair. Apapun, mostly syarikat tidak mempunyai walk-in-interview yang menyukarkan kebanyakan orang mencari peluang di situ juga. So, banyak yang just minta resume sahaja untuk disemak dan disenarai pendekkan. Most of them now are using application via internet so it will be easier to shortlist and call the right candidate for an interview. So, career fair macam dah kurang gunanya melainkan dapat free gifts dan pamphlets yang isinya pun ada dalam internet.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket


Apapun, still there are some company doing the walk-in interview tetapi ia bertempat di kawasan lain iaitu di Dewan Gemilang, agak jauh dari Dectar. Bagi mereka yang tiada pengangkutan, agak payah untuk ke sana. Bas pula jarang sekali muncul membuatkan sukar untuk orang ramai hendak ke Dewan Gemilang. Mungkin berjalan kaki tidak terlalu jauh bagi mereka yang biasa berjalan tetapi dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang, ia pasti satu perkara yang leceh dengan dokumen-dokumen yang dibawa. Mungkin ini dilihat sebagai satu kelemahan pihak penganjur yang patut diperbaiki pada masa hadapan.

Apa yang boleh dikatakan, kebanyakan penemu duga atau company yang ada lebih sombong dan memilih berbanding orang yang datang untuk try apply kerja dan inquiry tentang company tersebut. Tidak hairan jika tahap pengangguran di negara masih tinggi. Apapun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau betul orang tu nak kerja, ke lautan api pun dia sepatutnya sanggup renang. Kalau setakat muka perempuan masam macam sembelit 2 tahun yang tak nak layan kita, itu adalah hal kecil.

Secara overall, Karnival kali ini masih boleh tahan dan banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki untuk masa yang akan datang. Mungkin lebih banyak syarikat kerajaan dan swasta juga perlu terlibat dalam memastikan profesyen negara seiring dengan matlamat negara yang memerlukan modal insan yang banyak dalam menuju ke arah negara maju. Apapun, Karnival sebegini memang wajar dijadikan acara tahunan.

Wassalam...

Kembara Ringkas: Hujan rintik-rintik

"Ketulusan senyumanmu
Mengundang sesuatu
Sukar untuk ku gambarkan
Ke dalam bentuk kata-kata"
- Kala Hujan

Photobucket


Tonight is a tough night. I’m tired and locked out from my home and have nowhere to go. Here I am, under a lamp pole somewhere far from home, wondering about my life while loneliness is the only friend of mine. Suddenly, drizzles come down from the dark night sky, accompanying and crying with me in the journey of remembering my irreversible past. Life is tough, I know, yet I realized that life is also motivating… Now, I have to move on. Erasing the sadness of my life and accepting of what I have in an appreciative way. In that way, I can see my life is actually a colourful wonderland that gives millions of hope before reaching the end of my journey. Don’t regret the past. Don’t afraid of the future. Let’s move on…

Wassalam...

10/10/2008

Kembara Sejarah: "Susah hanya sekejap, senang pun tak lama..."

"Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung"
- Mentera Semerah Padi



Photobucket
Kebanyakan daripada kita pernah lagu ni, daripada filem Laxmana Do Re Mi (1972) iaitu lagu ketika kali pertama mereka menaiki tikar pandan terbang yang dihadiah oleh Puteri Buluh Betung. Lagu ini sangat rancak dan bersemangat yang turut disertakan kisah Do Re Mi juga. Mula-mula aku sendiri tak faham bahagian yang mula-mula tu cakap pasal apa. Urm, kecil-kecil, suka tengok cerita P. Ramlee, biasa la.

Then, masa form 4 (2002), ketika tengah baca antologi Anak Laut, drama yang bertajuk "Titik-titik Perjuangan" karangan Kala Dewata, ada menyebutkan tentang 'lagu Jepun rancak, (Ni-oto-okai-n dan sebagainya)'. Baru aku perasan bahawa lirik tu ialah lagu yang ada dalam cerita P. Ramlee. Lagu Jepun rupanya.

Kemudian, siang tadi, aku baru teringat kisah ni kembali dan membuat sedikit research. Lagu itu sebenarnya lagu askar Jepun yang dinyanyikan ketika mereka berkawad. Lagu tu dicipta pada 1938 dengan tajuk Aikoku koshinkyoku (愛国行進曲), lagu ciptaan Setoguchi Tokichi manakala lirik oleh Morikawa Sachio.

Download lagunya di sini.

Liriknya:
Miyo! Tokai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagayakeba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima.
O, seiro no asagumo ni
Sobiyuru Fuji no sugata koso
Kin'omuketsu yuruginaki
Waga Nippon no hokori nare.

Tate! Ikkei no okimi wo
Hikari to towa ni itadakite,
Shinmin warera mina tomoni
Miitsu ni sowan daishimei.
Yuke, hakko wo ie to nashi,
Shikai no hito wo michibikite,
Tadashiki heiwa uchitaten.
Riso wa hana to saki kaoru.

Ima ikutabi ka waga ue ni,
Shiren no arashi takeru tomo,
Danko to mamore sono seigi.
Susuman michi wa hitotsu nomi.
A, yuen no kamiyo yori,
Todoroku hocho uketsugite,
Daikoshin no yuku kanata
Kokoku towani sakae are!


Aku ada baca bahawa lagu ini, ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu dahulu, lagu ini sudah dijadikan seolah-olah lagu kebangsaan kerana memang harus dinyanyikan ketika hendak berkerja dan juga di sekolah bagi memupuk semangat patriotik dan menghormati Maharaja Jepun kerana lagu ini memang bermaksud untk menceritakan kemegahan Jepun dan pemerintahnya. Tapi jika hendak diikutkan, lagunya memang berentak ketenteraan atau patriotik rancak (walaupun adakala aku dengar, macam lagu Ultraman, haha).

Itulah dia, jangan dilupa ketika Jepun sedang hendak menebarkan fahaman Hakkō ichiu (八紘一宇) atau yang kita lebih familiar sebagai 'Asia untuk Asia' serta kempennya iaitu 'Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya' (Greater East Asia Co-Prosperity Sphere), lagu ini telah diterapkan dalam kepala hampir semua rakyat jajahan Empayar Jepun. Orang kita kini mungkin banyak yang tak tahu tetapi jika ditanya mereka yang pernah merasai zaman pendudukan Jepun dahulu, lagu ini mungkin tidak asing bagi mereka.

Photobucket


Ok. Kembali kepada lagu P. Ramlee tadi, aku dengar dengan baik dan aku pun dapatlah liriknya:
Miyo! Tokai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagayakeba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima.


Kami tiga sahabat,
Nasib timbul tenggelam,
Susah hanya sekejap,
Senang pun tak lama,
Sekarang mulai sehat
Berkat sabar di hati,
Rezkipun naik meningkat
Dapat senjata yang sakti.


Miyo! Tokai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagayakeba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima.


Kami tiga sahabat,
Seia dan sekata
Berpadu dan sepakat
Riang dan gembira,
Di atas tikar terbang
Menjelajah dunia,
Kerana ingin berbakti,
Untuk sesama manusia.


Miyo! Tokai no sarawa den kete…




Do: "Hey, apa da sarawa den kete?"
Re: "Miyo tokai no sarawa den kete, artinya, Miyo tokai no seluarku kecik…"

Apapun, ia hanya imbauan sejarah dan ia juga lagu yang menarik (lebih menarik dari kebanyakan lagu patriotik kita) kerana ia memang ada unsur menaikkan semangat. Tak kisah apapun, sayangilah tanah air kita yang tercinta. Jangan diulangi sejarah hitam yang pernah terukir dalam lembaran sejarah negara.

Wassalam...

10/09/2008

Kembara Varsiti: Gajah putih atau kancil putih?

"Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia"
- Arti sahabat

08/10/08 - Hari untuk menghantar tutorial Fizik Nukleus. Seperti biasa, walaupun tugasan diberikan sebelum raya, tiada yang menyiapkannya terlebih awal. Maka, selepas kelas Biofizik, 12.30 pm, masing-masing bertukar menjadi sangat rajin. Semua ke hulu ke hilir mencari jawapan, berbincang dan mencari maklumat walaupun melalui internet. Kecohnya jangan dikira walaupun sibuk bagai nak rak.

Dalam kesibukan, masing-masing baru teringat nak lunch masa dekat pukul 2. So, ada yang keluar awal, ke kafe. Aku agak malas bila difikirkan searang sudah pukul 2 kerana lauk selalu habis sebelum pukul 1.30 lagi. Perut memang dah lapar bila fikir pagi tadi aku hanya makan potato wedges. So, lepas punggah barang ke kelas, letak beg semua... (xde benda pun dalam beg selain notes dan buku), kitorang pun bergegas keluar untuk makan tapi destinasi untuk menjamu selera masih tak confirm. Dalam semangat nak buat tutorial, sampai aku dan Mai Palapes bawak tutorial sekali pergi makan. Ingatkan sempat la kot buat kat kafe. Haha. Bukannya buat pun kat kafe nanti.

So, dalam lif, masing-masing nak makan kat luar fac sebab sah-sah kafe ramai dengan orang, dengan lauknya yang habis cepat dan membosankan (menu setiap hari sama jek), so, ada yang cadang nak makan kat 12th college tetapi ada pulak yang dah boring. So, masih tak decide sehinggalah nak masuk kereta. Bila dah nak sampai kereta, baru perasan, ada 6 orang dan semuanya nak sumbat kat sebuah kereta kancil. Huh? Kalau semuanya kecil macam tuan punya kereta, lainlah cerita, yang ni masing-masing agak lebar juga. Memandangkan aku seorang lelaki, aku duduk depan dan aku refuse untuk drive. Malas. Haha. Lagi-lagi kereta manual, aku dah lupa. So, berhimpitlah anak dara empat orang kat belakang. Urm. Sungguh menyahut seruan kerajaan untuk menjimatkan minyak. Hahaha.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket


Kemudian, kitorang direct ke API (Akademi Pengajian Islam), makan kat situ. Kali last aku makan kat situ, masa first year, waktu exam, breakfast kat situ. Anyway, sampai di API, lauknya kira agak banyak dan orang tak ramai. Pelajar API tak banyak kot. Tak pun, mostly pelajar API makan kat kolej. So, aku amik lauk kari kepala ikan dan tomyam semangkuk. Urm. RM 5.50... haha. Kalau kat fac sains, harganya mau lebih RM 6.

Anyway, selepas kenyang, pulang semula ke fac dan siapkan baki tutorial. Kelas kemudian diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Jadi, biasalah, lepas makan, tak tidur tengah hari, menguap je kerjanya. Anyway, Ithnin masuk lambat. Adalah halnya tu.

P.S. - Hari ni Ithnin lebih comel apabila dia terganggu dengan bunyi petir dan alarm kereta yang tak habis-habis memekak.

P.P.S. - Hari ini juga, Ahya dan abangnya, Jalakudin, bergurauan seperti biasa. Habis kalkulator aku dibuat untuk pukul Ahya. Abang yang ganas. Hahaha.

Photobucket


Wassalam...

10/07/2008

Kembara Sains: Keabadian

"Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya"
- Tiada Lagi Aku

Hari ni (6/10/2008) dalam kelas Fizik Nukleus, ketika masuk bab baru, ketika tengah belajar tentang tindak balas nuklear, dipamerkan segala keabadian yang wujud dalam tindak balas itu. Pariti, momentum sudut, momentum linear, cas serta jisim/tenaga. Ia menimbulkan balik persoalan yang aku sering tertanya sejak tingkatan satu iaitu ketika mula-mula belajar tentang keabadian tenaga, iaitu tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi hanya boleh berubah bentuk. Bolehkan wujud perkara lain yang abadi selain yang Maha Kekal? Adakah prinsip ini tidak bercanggah dengan tauhid yang menyatakan bahawa hanya Tuhan yang di Permulaan dan di Pengakhiran kerana hanya Dia yang Awal (alfa) dan yang Akhir (omega) serta Maha Kekal?

Einstein dalam penerbitan Annus Mirabilis tahun 1905 telah mewujudkan perkaitan antara jisim dan tenaga iaitu kesetaraan jisim tenaga yang sangat popular dalam masyarakat kita (walaupun ada yang tak tahu apa benda sebenarnya persamaan ini) iaitu E=mc2. Ia menunjukkan bahawa tenaga mampu berubah menjadi jisim serta sebaliknya. Perkara ini dibuktikan dalam persamaan tindak balas nuklear apabila jisim menghilang semasa berlakunya pembelahan nukleas lalu tenaga nuklear dan ini membuktikan bahawa jirim tidak abadi lagi.

Kemudian semasa berlaku pelakuran nukleas, satu proton atau neutron digabung atau ditembak masuk ke dalam nukleus menyebabkan berlakunya pertambahan jisim, sekali lagi tenaga telah ditukarkan menjadi jisim. Dari sini, secara amnya, tenaga tidak diabadikan secara khusus. Oleh kerana prinsip keabadian tenaga tidak dapat wujud secara sendirinya dalam kes ini, kesetaraan jisim/tenaga telah digunakan untuk menerangkannya.

Prinsip Keabadian Jisim?
Photobucket


Begitu juga kalau dilihat dari segi keabadian tenaga. Ia masih berubah yang menunjukkan ia tidaklah abadi seperti yang disangkakan. Tenaga keupayaan berubah menjadi tenaga kinetik lalu menjadi tenaga haba yang asasnya semua sama - pengaliran foton dari satu jasad ke satu jasad. Foton dihasilkan daripada keadaan keterujaan sesuatu zarah. Siapa kata tenaga tidak dihasilkan? Haha. Memanglah sebab keterujaan zarah juga adalah disebabkan foton yang sedia ada tetapi ia bukanlah foton yang sama. Walau bagaimanapun, ia adalah suatu yang sukar untuk ditahkikkan kerana ia bukan sesuatu yang dapat dilihat mata kasar tetapi semua ini dikesan atau dicerap secara tidak langsung melalui benda lain, cth: kesan fotoelektrik.

Jadi, keabadian hanyalah dilihat dari segi am bahawa tenaga yang sama masih wujud, cuma dalam bentuk yang lain. Jadi, kalau begitu, adakah roh manusia juga abadi kerana ia masih wujud dari alam roh, ke alam rahim, dunia, barzakh hingga ke akhirat kelak? Yang berubah cuma jasad yang mengandungnya... Urm. Points to ponder... Inilah kita apabila hidup dalam dunia yang diajarkan perkara saintifik evolusi Karl Marx serta sekutunya, Darwin yang melontarkan idea Evolusi, menerangkan bahawa manusia, alam dan kehidupan ini adalah material semata-mata dan semua itu adalah azali. Tidak ada konsep ketuhanan dan lain-lain lagi.

Einstein, walau bagaimanapun, telah mewujudkan suatu perubahan dalam sains bahawa suatu perkara itu masih mempunyai permulaan, perubahan, pengakhiran dan kerelatifan. Kerelatifan itu yang menyedarkan kita betapa kecilnya manusia berbanding tuhan serta betapa lemahnya kita kalau nak dibandingkan makhluknya yang lain seperti malaikat dan jin. Mujur Allah memberikan manusia itu keistimewaan yang lantas menjadikan manusia "sebaik-baik kejadian". Kita juga yang dapat sedar dan pelajari bahawa 'keabadian' alam ini terletak kepada keagungan penciptaan Tuhan itu sendiri. Allah sentiasa menggantikan sesuatu itu dengan yang lain. Dia menggantikan kaum yang buruk kepada kaum yang lebih baik, Dia menggantikan bunga yang layu kepada bunga yang baru hendak menguntum, Dia menggantikan ibu ayam yang disembelih dengan telur ayam yang baru hendak menetas dan Dia juga menggantikan tenaga cahaya kepada tenaga haba.

Kitaran hidup ayam yang ramai orang tahu...
Photobucket


Dilihat coraknya di sini, semuanya adalah bentuk yang sama, cuma berada dalam kitaran yang membezakan antara yang terdahulu dengan yang terkemudian. Ibarat juga air hujan yang turun hari ini, esok mungkin di Sungai Kelang, lusa mungkin di Selat Melaka, tulat mungkin di Lautan Hindi dan kemudian naik semula ke langit di kawasan Madagascar lalu turun semula hujan di Somalia. Tidak kurang juga phoenix yang dikhabarkan melalui mitos bahawa ia mempunyai kehidupan yang abadi kerana mampu lahir semula dari abu yang membakar dirinya ketika mati. Dilihat di sini bahawa phoenix itu masih melalui suatu kematian dan digantikan dengan jasad yang baru. Begitu juga manusia yang bakal mati. Tetapi mati bukanlah suatu pengakhiran buat manusia kerana ia hanyalah satu pintu ke alam lain yang penuh misteri. Ia masih menekankan prinsip keabadian ciptaan Tuhan.

Jadi, keabadian dalam alam ini bukanlah abadi seperti Abadi dan Hakikinya Tuhan yang menciptakan semua itu. Ia masih mempunyai perubahan bentuk dan posisi sedangkan Allah memiliki kekekalan dalam segala Zat dan Sifat yang dimiliki-Nya. Subhanallah. Wallahu a'lam bissawab

Wassalam...

10/04/2008

Kembara Muzikal: Irama Samudera - Warkah dari Lautan

"The newt play the flute... The carp play the harp
The plaice play the bass... And they soundin' sharp
The bass play the brass... The chub play the tub
The fluke is the duke of soul"
- Under the sea

Sebenarnya lagu yang akan aku ceritakan ni dah lama aku dengar dan minati, sejak tertengok Fantastic Children kat Animax. Aku main tekan-tekan dan entah macam mana cerita kartun ni dah habis. So, sementara tunggu anime seterusnya, tunggulah dia punya kredit. Dan bila aku dengar lagu ni, aku tergamam. Aku dibuai oleh irama yang sangat indah. Ia mengingatkan aku kepada alunan muzik Enya. Dalam fikiran aku terus terbayang dunia fantasi, alam berkeindahan dan apabila dengar lagu ni, aku sangat mudah untuk menggambarkan alam khayalan seperti Narnia, Shire, Archenland, Middle-Earth, Carvahall dan lain lagi. Nak diikutkan, bila cek balik lirik dia, memang pun berkenaan dengan alam yang indah.

Lagu ni dinyanyikan oleh Origa, yang dikenali sebagai "Mizu no Madoromi" sebenarnya ada dalam dua bahawa iaitu bahasa Jepun "水のまどろみ" dan bahasa Rusia iaitu "Побеждaeт любoвь". So, lirik bahasa Jepun ialah...
深く深く透きとおる 海の底に
小さな花 微睡んでる
甘やかな風の調べ 虹をくぐり
魚達は 空に遊ぶ
だれもが愛を奏でる
あたたかな光 降ってた(まなざし)
その眼差しは ほどけて満ちてく
水に抱かれ
耳澄ませば 星座の囁メロディ
碧い焔 またたいている
そっと開いた手のひら 命のしるし
星の海に 浸してごらん
今宵も 神話はめぐる
夜空に灯りがともる(まざりあう)
過去も未来も
懐かしむように 夢を見よう

So, daripada tengok tulisan pelik, kita Romanjii kan:
fukaku fukaku sukitooru umi no soko ni
chiisana hana madoronderu
amayaka na kaze no shirabe niji wo kuguri
sakanatachi wa sora ni asobu

daremo ga ai wo kanaderu
atataka na hikari futteta (manazashi wa)
sono manazashi wa hodokete michite'ku
mizu ni dakare

mimi sumaseba seiza no sasayaku melodi
aoi honoo matataite'ru
sotto hiraita te no hira inochi no shirushi
hoshi no umi ni
hitashite goran

koyoi mo shinwa wa meguru
yozora ni akari ga tomoru (mazariau)
kako mo mirai mo
natsukashimu you ni yume wo miyou
Photobucket


Tak suka bahasa Jepun? Nah. Ini lirik bahasa Rusia:
Глубоко-г лубоко хрусталём сияет морское дно
Песней колыбельной из далёких снов
Сладкий ветер карамели детства пролетел под радугой
Ласковою рукою начертил горизонт

Заревом огня поёт мотив любви
Обливая мир, струится высотой
Это для неё сияние зари
Всё, что в миве есть, она заполняет собой

В тишине ночи в моё окно заглянет месяц молодой
Серебром умоет, поманит за собой
На моей ладони нарисует небо знаки судьбы
Звёздные дороги мне расскажут о них

Загадаю, пусть вернётся старый миф
Водолей объявит свою эры вновь
В старом мире я октрою новый мир
Где отвагою блистая побеждает любовь


Tak reti baca? Jom kita nyanyi lagu bahasa Komunis. Hahaha:
Gluboko-g guboko hrustalёm sijaet morskoe dno
Pesnej kolybel'noj iz dalёkih snov
Sladkij veter karameli detstva proletel pod radugoj
Laskovoju rukoju načertil gorizont

Zarevom ognja poёt motiv ljubvi
Oblivaja mir, struitsja vysotoj
Èto dlja neё sijanie zari
Vsё, čto v mive est', ona zapolnjaet soboj

V tišine noči v moё okno zagljanet mesjac molodoj
Serebrom umoet, pomanit za soboj
Na moej ladoni narisuet nebo znaki sud'by
Zvёzdnye dorogi mne rasskažut o nih

Zagadaju, pust' vernёtsja staryj mif
Vodolej ob"javit svoju èry vnov'
V starom mire ja oktroju novyj mir
Gde otvagoju blistaja pobeždaet ljubov'
Photobucket


So, dalam masa mendengar lagu, dan aku hayati lagu ni serta lirik dia, aku buat la versi Melayu. Meh, kita tengok, apa jadi. Entah rosak ke tak...
Jauh di dasar, dalam kejernihan samudera indah
Kuntuman bunga kecil pun turut terlena
Irama sang bayu menghembus melepasi sang pelangi
Tatkala ikan pun menari di udara
Semuanya memainkan irama kasih
Disirami oleh cahaya yang indah
Dalam dakap alunan laut
Tatapan yang menghilang dan mengalir lembut
Jika kau dengar, irama sang buruj telah membisikkan
Sinaran lemah yang berkerdipan terang
Tertadah ditanganmu, wahai bukti kejadian hidupan
Celupkanlah ia ke lautan bintang
Malam ini, kisah berputar semula
Mencerahkan langit pada malam ini
Seolah mengadun masa dulu dan muka
Marilah kita lena dan teruskan bermimpi
PhotobucketPhotobucket


Jadi, teruskan bermimpi... Sweet dreams!

Wassalam...