Tuesday, January 26, 2010
"When the wind's from the east
And the sun's from the west
And the sand in the glass is right
Come on down
Stop on by
Hop a carpet and fly
To another Arabian night
Arabian night
Like Arabian days
More often than not
Are hotter than hot
In a lot of good ways
Arabian nights
'Neath Arabian moons
A fool off his guard
Could fall and fall hard
Out there on the dunes" - Arabian Nights
Kita sudah tentu biasa dengan cerita-cerita bercorak Arabesque seperti Aladdin dan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan Empat Puluh Penyamun, Pelayaran Sindbad yang lebih kita kenali dengan cerita-cerita dari gabungan Hikayat Seribu Satu Malam. Kalau mereka yang bersekolah yang mengambil pelajaran Bahasa Melayu untuk SPM di tingkatan 4, pasti mereka akan membaca kisah tentang burung bayan yang bercerita, yang merupakan petikan hikayat tersebut. Itulah yang dikatakan konsep kisah berbingkai atau cerita yang diceritakan dalam cerita.
Nama-nama yang disebut di atas mungkin anda sudah biasa tetapi adakah anda pernah mendengar nama Shahrazad? Shahrazad merupakan permaisuri Parsi dalam lagenda yang menceritakan pelbagai hikayat selama seribu satu malam (hampir tiga tahun). Kisah asalnya ialah apabila isteri kepada Sultan Parsi iaitu Sultan Shahrayar telah didapati berlaku curang kepada baginda dan dihukum bunuh. Atas desakan pihak istana, baginda harus mengisi istana dengan pasangan perempuannya. Tetapi, akibat trauma dengan kecurangan bekas isterinya itu, baginda akan mengahwini seorang anak dara setiap malam dan akan membunuhnya setiap keesokan pagi.
Kemudian, terdapat seorang gadis yang merupakan anak perempuan kepada seorang menteri baginda. Gadis tersebut terpelajaran dan berpandangan jauh seiring dengan pendidikan yang diberikan sebagai seorang anak kepada menteri. Walaupun dengan bantahan keras bapanya itu, gadis itu tetap berkeras untuk meneruskan perkahwinan dengan sultan yang kejam itu dan bersedia untuk lehernya dipenggal pedang pemancung. Gadis itu ialah Shahrazad.
Walau bagaimanapun, kebijakan Shahrazad telah menyelamatkannya dari dipancung dengan kisah-kisah hebat yang diceritakan dari satu malam ke satu malam. Kisah yang bersambungan, bersiri, berkaitan satu sama lain serta mempunyai unsur saspens membuatkan sultan enggan membunuhnya melainkan Shahrazad menceritakan kisah sambungannya sehinggalah seribu satu malam kemudian apabila sultan akhirnya membatalkan hasrat untuk membunuhnya akibat jatuh cinta. Agak-agak seperti bedtime stories, tetapi bukan untuk menidurkan tetapi untuk menangguhkan waktu.
Kisah ini turut diceritakan dalam bentuk siri televisyen dan baru-baru ini, ia ditayangkan di kaca televisyen Astro. Kelainan bagi siri televisyen ini ialah apabila kisahnya tidak diselubungi dengan hikayat-hikayat fantasi tetapi kehidupan realiti pahit manis seorang gadis pintar dan jelita bernama Shahrazad yang menghadapi cabaran sebagai anak kepada menteri yang arif yang bernama Raiyan dan ujiannya setelah mengahwini Sultan Shahrayar, Sultan kepada kerajaan Karaman. Kisahnya diisi dengan kekeluargaan, percintaan, pengkhianatan, pemerintahan dan peperangan, seperti kisah-kisah yang lain, cuma ia berlaku kepada Shahrazad dan dunianya sendiri. Berbanding dengan kisah yang penuh fantasi, siri "Shahrazad: Al-Hikayat Al-Akheerah" ini akan diliputi oleh kisah-kisah politik yang bermain di sekitar istana Shahrayar dan negara Karaman.
Dengan berbekalkan kebijaksanaan dan hikayat-hikayat yang disampaikan, Shahrazad mampu mengubah negara dan sultannya daripada lemah menjadi sebuah kekuatan yang mampu melindungi rakyat Karaman. Kita juga akan saksikan watak-watak hikayat 1001 malam turut bersama-sama hdup sezaman dan senegara dengan Shahrazad seperti Aladdin, Zommorod, Ali Baba dan Sindibad yang menyertai rakyat Karaman untuk berjuang demi negara mereka.
Luahan hati kisahnya telah dipaculkan oleh kata-katanya sebagai epilog penamatan setiap episod yang menerangkan kegelisahan, keputus-asaan dan pengharapan Shahrazad.
وتنقضي الف ليلة وليلة
بين السيف و العنق
وابقى انا شهرزاد حية
لاروي في الليلة الثانية بعد الالف
الحكاية الاخيرة
حكايتي وحكاية شهريار
حكاية الشعب والسلطان
حكاية الوطن والعدوان
حكاية كل الحكايات
في الليلة الطويلة الممتدة
في كل مكان وفي كل زمان
حكايتنا على نصل القدر الحاد الرهيب
حكاية الحياة والموت
Bulan menjadi penuh dan ia muncul
Seribu satu malam berlalu
Dengan ancaman pedang di leherku dan aku, Shahrazad, terus hidup
Untuk bercerita pada malam-malam seterusnya sehingga seribu satu malam
Hikayat terakhir Hikayatku, hikayat Shahrayar
Hikayat rakyat dan sultan
Hikayat negara dan serangan
Penghulu segala hikayat
Pada malam yang panjang di semua tempat dan di sepanjang zaman
Hikayat kita tentang takdir yang sukar dan pudar
Hikayat tentang hidup dan mati

سولاف فواخرجي - شهرزاد
Sulaf Fawakherji - Shahrazad
Anak Menteri & Isteri Sultan

جهاد سعد - شهريار
Jihad Sa'ad - Shahrayar
Sultan Karaman

منى واصف - ام شهريار
Mona Wassef - Ibunda Shahrayar
Ibunda Sultan Shahrayar dan Raja Shahraman

فايز قزق - حنظله
Fayez Kazak - Hanthal
Penyimpan Rahsia dan Penasihat Sultan

هشام هنيدي - الوزير ريان
Hisham Hendy - Menteri Raiyan
Ayah kepada Shahrazad

ورد الخال - جوللنار
Wirdul Khal - Jullanar
Isteri Pertama Sultan yang dibunuh

رشيد ملحس - سندباد
Rasheed Malhas - Sindbad
Pelayar yang Membela Rakyat Karaman

نادرة عمران - عتاب
Nadirah 'Imran - 'Itab
Penyanyi Rumah Hiburan yang Prihatin Nasib Karaman

جواد شكرجي - شهرمان
Jawad Syakarji - Shahraman
Raja dan Kekanda Sultan Shahrayar

لارا الصفدي - زمردة
Lara Safadi - Zommorod
Pejuang Karaman yang Lari dari Pemancung Sultan

وائل نجم - قمرالزمان
Wael Najmy - Qamruzzaman
Pejuang Karaman
Saksikanlah ‘Shahrazad’ lakonan bintang-bintang terkenal dari Timur Tengah di Astro Oasis, saluran 106 setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam dan ulangannya pada Jumaat hingga Ahad, jam 3 petang.
P/S - Baru sahaja tahun 2006, Sukan Asia Doha yang lepas memaparkan watak Shahrazad ketika persembahan Upacara Penutupan.
Wassalam...
About: facts, history, television, world
1 Comment:
-
- Anonymous said...
June 12, 2010 11:54 AMsalaam...mintk tlg sgt2...nak dnld drama ni...tp xtau katner..tolonggg...nak sgt2...



