Monday, February 1, 2010

"I'm through accepting limits
''cause someone says they're so
Some things I cannot change
But till I try, I'll never know!"
- Defying Gravity

PhotobucketBaru-baru ini, aku ada menonton sebuah siri TV di Star World yang bertajuk "Glee". Ia merupakan sebuah siri TV yang berunsurkan muzikal komedi remaja yang menceritakan tentang Kelab Glee (ala-ala kumpulan koir) dan ahli-ahlinya di Sekolah Tinggi McKinley. Ia bermula bagaimana seorang guru Bahasa Sepanyol, William Schuester, yang merupakan bekas pelajar dan ahli Kelab Glee di sekolah itu, ingin menaikkan semula kelab tersebut dari zaman kemerosotannya. Walau bagaimanapun, Will tidak semudah itu ingin mengeluarkan kelab itu dari kepompong sedia ada memandangkan pelajar sekolah itu terlalu terikat dengan status quo masing-masing serta kecemburuan pihak-pihak tertentu yang ingin melihat kelab tersebut terus berada dalam bayang kemunduran.

Dengan usaha yang ada, beliau akhirnya berjaya menarik pelajar dari pelbagai kumpulan di sekolah itu dan mengajar merea apakah erti muzik dan kehidupan menerusi perjumpaan kelab dan mereka juga menumpukan usaha untuk mewakili sekolah memenangi pertandingan daerah.

Photobucket
Berdiri dari kiri: Tina, Quinn, Terri, Sue, Rachel, Will, Emma, Puck, Kurt, Mercedes
Duduk dari kiri: Artie, Finn


Glee membariskan 12 orang watak utama. Will Schuester (Matthew Morrison) merupakan guru bahasa Sepanyol merangkap sebagai pengarah Kelab Glee dan Sue Sylvester (Jane Lynch) merupakan ketua jurulatih kumpulan sorak “Cheerios” serta musuh utama Kelab Glee. Emma Pillsbury (Jayma Mays) pula merupakan guru kaunseling pembimbing yang takutkan kotoran dan beliau mempunyai perasaan pada Will manakala Terri Schuester (Jessalyn Gilsig) pula merupakan isteri Will yang suka mengarah.

Rachel Berry (Lea Michele) merupakan bintang utama Kelab Glee yang sering menjadi mangsa buli oleh Cheerios dan pemain ragbi manakala Finn Hudson (Cory Monteith) ialah pemain quarterback dalam pasukan ragbi sekolah yang merisikokan persahabatannya dengan menyertai Kelab Glee. Turut serta dalam kelab itu ialah Mercedes Jones (Amber Riley), diva fesyen yang sering enggan menyanyi sebagai latar; Kurt Hummel (Chris Colfer)--watak yang dicipta selepas ujibakat Chris--penyanyi soprano gay yang sering dibuli pasukan ragbi; Artie Abrams (Kevin McHale), pemain gitar elektrik yang menggunakan kerusi roda; dan Tina Cohen-Chang (Jenna Ushkowitz), pelajar gothik Asia Amerika yang mempunyai gagap yang dibuat-buat. Noah “Puck” Puckerman (Mark Salling), sahabat Finn dari pasukan ragbi yang tidak menyukai penyertaan Finn dalam Kelab Glee, akhirnya turut menyetai kelab itu. Quinn Fabray (Diana Agron) pula ialah teman wanita Finn dan ketua pasukan sorak dan Kelab Pembujangan yang menyertai Kelab Glee untuk memerhatikan Finn.

PhotobucketSiri muzikal ini mendendangkan lagu-lagu popular dari zaman 70-an hinggalah kini, tidak ketinggalan juga lagu-lagu teater Broadway yang turut dikitar semula untuk diberikan nafas baru oleh barisan pelakon muda dalam bentuk solo, duet ataupun berkumpulan. Antara lagu-lagu yang disampaikan dalam musim pertama ini ialah "Gold Digger" nyanyian asal Kanye West feat. Jamie Foxx, "Alone" (Heart), "Take a Bow" (Rihanna), "Keep Holding On" (Avril Lavigne) dan "Endless Love" (Diana Ross dan Lionel Richie).

Maka, jangan ketinggalan untuk menonton karenah pelajar sekolah tinggi yang tipikal tetapi diserikan dengan pelbagai genre muzik dan koreografi yang menarik dalam siri TV yang ditayangkan pada hari Rabu jam 9 malam di saluran StarWorld.

Wassalam...

0 Comments:

Post a Comment



Me, Myself & Twitter

    follow me on Twitter

    Me, Myself & The Time Keeper

    Me, Myself & the Hit

    Me, Myself & the Spy