Sunday, February 21, 2010
"Bara yang di dalam sekam
Mungkin tidakkan terpadam
Bagai sangsi dalam diri
Jadi api yang menari-nari" - Tinta Dewa
Semalam, kitorang sekumpulan bertujuh, aku, Ahya, double Mai, Kema, Shafiq dan Ayn berpakat gi karaoke kat Cineleisure, macam hari tu. Haha. Kali ni, memandangkan ramai orang, macam sangat cepat, tetapi macam kurang mengancam sangat sebab aku sakit tekak. Haha. Macam-macam lagu dinyanyikan tapi aku tak nyanyi lagu yang sama dengan hari tu. Huhu.
Kemudian, kami menonton filem yang aku rasa macam menarik, iaitu "Percy Jackson & the Lightning Thief". Tengok trailer hari tu, macam mengancam. Ada orang kata, kelakar. So, aku beriya ajak yang lain untuk menonton filem ini.
Filem ini sebenarnya mengadaptasikan dari sebuah buku yang pertama dari siri "Percy Jackson & the Olympians" yang mempunyai tajuk yang sama. Cuma, asal ceritanya, watak utama berusia hanya 12 tahun. Tetapi, dalam filem, mereka semua sudah besar panjang. Kononnya, pembuat filem ni nak tengok perkembangan watak seperti Harry Potter tetapi nyata watak yang dah besar macam tu, tak sama proses kematangannya dengan watak-watak Harry Potter. Banyak kebarangkalian yang filem ini akan dibandingkan dengan Harry Potter tetapi bagi aku, setiap satunya mempunyai isi yang tersendiri.
Kisah ini mengisahkan tentang Percy Jackson (lakonan Logan Lerman, yang aku pernah tonton lakonannya sebagai watak Bobby dalam siri TV, Jack & Bobby),tidak menegtahui yang dirinya seorang separa dewa, anak kepada dewa Poseidon, dewa lautan dan gempa bumi bagi masyarakat Yunani. Dia telah dituduh mencuri senjata terhebat di kalangan dewa iaitu panah kilat kepunyaan Zeus, pakciknya, yang juga ketua dewa serta dewa langit dan kilat. Disebabkan itu, Hades, iaitu adik kepada Poseidon dan Zeus serta dewa kematian dan alam barzakh, menghantar pelbagai raksasa untuk merampas panah kilat yang dikatakan ada pada Percy.
Disebabkan itu, Percy mula menyedari siapa sebenar dirinya. Dengan bantuan pelindungnya, Grover Underwood (seekor satyr, separa orang dan kambing), mereka berlatih di kem Half-Blood di bawah seliaan Mr. Brunner atau Chiron (seekor sentora, separa orang dan kuda, lakonan Pierce Brosnan). Di sana, dia berkenalan dengan Annabeth Chase, anak kepada dewi Athena, dewi kebijakan dan strategi, dan Luke Castellan (lakonan Jake Abel, pernah melakonkan watak Adam Milligan, adik kepada Dean & Sam Winchester dalam Supernatural) anak kepada dewa Hermes, dewa pengutus dan pencuri.

Bersama pakcik 'rockers' yang menjaga neraka

Selamat datang ke Olympus, New York

Persidangan tergempar dewa-dewi
Hades akhirnya muncul di kem lalu mencari Percy Jackson untuk menyerahkan panahan kilat itu. Dengan diiringi Grover dan Annabeth, dan dibantu dengan peralatan yang diberikan oleh Luke, mereka mencari tiga biji mutiara yang bakal menjami mereka pulang dari alam barzakh selepas menyelamatkan ibu Percy dari tahanan Hades. Dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan Medusa, wanita berambut ular yang mampu menukar hidupan menjadi batu; Hyrda, ular banyak kepala; dan Lotus-eaters, yang memberikan mereka makanan teratai yang mampu mengkhayalkan. Akhirnya, mereka menemui pintu masu kea lam barzakh di papan tanda Hollywood dan menyeberangi sungai Styx untuk ke istana Hades. Di sana, Persephone iaitu isteri Hades telah membantu mereka menyelamatkan diri dari Hades. Setelah mendapati yang panah kilat itu sebenarnya dicuri oleh Luke (anak pencuri) dan disorokkan dalam peralatan yang diberikan kepada Percy, mereka terus ke Olympus untuk menyerahkannya kepada Zeus. Tetapi, sebelum mereka ke sana, Luke menghalang mereka. Bla, bla, bla. Happy ending.

Pelakon utama di Athens, Greece. Dari kiri: Jake Abel (Luke), Brandon T. Jackson (Grover), Logan Lerman (Percy) & Alexandra Daddario (Annabeth)
Ceritanya menarik dengan adunan dongeng dan mitos Yunani yang disulam dengan ceritera moden. Kemunculan watak-watak mitos lama seperti dewa-dewi, binatang dan raksasa mitos juga sangat mengujakan aku yang memang gilakan mitologi Yunani dan Mesir. Memandangkan aku banyak mengenali watak mitos, aku boleh menyebut satu-satu watak mitos itu sebaik sebelum diberitahu oleh filem itu. Haha. Mungkin aku sepatutnya ambil antropologi, mitologi dan arkeologi berbanding astronomi. Tapi, yang aku tak puas hati, sejak bila pula Olympus, Underworld of Hades, Medusa, dll. semua berada di Amerika?
Walau bagaimanapun, khabarnya, bukunya lebih menarik dan lebih kelakar. Ia membuatkan aku untuk mencari siri tersebut dan mungkin bakal mengisi koleksi rak novel setelah tamatnya Harry Potter (begitu juga dengan filem sekuelnya yang mungkin akan diterbitkan selepas tamatnya Harry Potter and the Deathly Hallows part 2).
Bila menonton filem ini, sangat mengingatkan aku kepada cerita yang aku reka sendiri iaitu Kembara Masa dan Dunia 2, iaitu niat jahat Hades (watak perempuan) yang ingin merampas dunia. Maka, dewi-dewi lain juga dari ketamadunan lain seperti Isis, Ptah, Jupiter, Chronos dan pelbagai lagi muncul untuk campur tangan dan menghalang Hades dari merampas dunia dan membunuh watak-watak utama. Watak seperti Medusa, Perseus, Hermes, dan Virgil turut menghiasi cerita seolah-olah cerita mitos tersebut berlaku seiring dengan perjalanan watak utama yang mengembar dari Mesir, Yunani dan Rom.
Apapun, cerita ini memang membawa aku menyusuri perjalanan watak mereka, walaupun aku rasa macam tak cukup puas, tapi menyeronokkan. Memang sah, ia akan jadi koleksi rak aku nanti.
P/S – Malam tu, memang malam ‘7’. Kitorang bertujuh, dengan harga RM77, menonton di hall nombor 7 pada malam hari ketujuh (Sabtu means tujuh in Arabic). Haha. Saja je perasan.
Wassalam.






but the best part is, aku mcm dibekalkan ngan energizer ok?? wahahaha. sore lak, ade smpai 10 minit terakhir. ekeke. gilo!! mebi sbb kene blnje ngan syafiq kot. LOL :))
ape2 pon, korang mmg best! ;)