Tuesday, May 18, 2010
"Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang" - Keluarga Bahagia
Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMJ 2010/2011 bermula dengan penuh harapan. Masing-masing mula kecoh apabila tertanya-tanya bila permohonan sebagai fasilitator akan dikeluarkan. Well, aku, sebagai YDP kelab FAC sudah tentu akan dituju soalan bertubi-tubi tentang hal tersebut. Maka, aku pun buatlah satu surat pemberitahuan/maklum balas berkenaan dengan hal tersebut.
Baru sahaja publish surat tersebut di facebook, En. Hassan pun mula menelefon memberitahu tentang MPPB kali ini. So, aku pun apa lagi. Terus setkan tarikh bila untuk mula memohon. So, buat pertama kalinya dalam sejarah, permohonan (bagi yang senior) dilakukan melalui kaedah dalam talian (ataupun online bak kata omputih). Apa-apapun, kepimpinan kali ini telahpun dilakukan awal-awal oleh En. Hassan melalui facebook kecuali jawatan Setiausaha, bergantung kepada budi bicara Ketua.
Memandangkan telah diketahui tempoh berkampung tahun ini lebih pendek, maka, pihak FAC memohon pihak En. Hassan untuk menghantar data berkenaan fasilitator baru a.k.a. pewaris untuk memudahkan urusan dokumentasi dan, pada masa yang sama, boleh tengok-tengok siapa mereka melalui facebook. Haha. Bukanlah. Memudahkan untuk mengagihkan peraturan, jadual dan lain-lain perkara lebih awal sebelum masing-masing turun ke KMJ.
Berkenaan lagu tema tahun ini, Through My Window, aku telahpun plan lagu tu sejak awal tahun, bulan 1 lagi. Mula-mula, memang tekad jugalah nak lagu tu. Tapi, lama kelamaan, makin banyak lagi lagu best, hampir-hampir juga berubah lagu tu. Tapi, mujur, keputusan tu bertahan hinggalah persembahan Malam Penutup MPPB. Tapi, yang tu, kemudian cerita.
Apabila datang ke KMJ, (dengan harapan yang tak terlalu tinggi, sebab penat sangat dengan kerja) berjumpalah budak-budak baru, yang kebanyakannya peramah. Yang perempuan la. Yang lelaki, macam kayu pun ada. Kalau tak di'provoke', langsung tak bercakap. Hari pertama, dengan bantuan Azhar, kami ambil gambar untuk tag nama (pada masa yang sama, interview budak-budak baru). Banyak jugalah maklumat yang didapati dari budak-budak ni, bukan tentang pengetahuan diorang berkenaan fasilitator tetapi sikap atau perwatakan mereka. Ia agak membantu aku dalam memilih dan menyusun biro-biro yang berkaitan.
Hari-hari kursus yang sangat pendek dimampatkan dengan pelbagai modul, refreshment dan permainan. Buat pertama kalinya, dalam sejarah, Modul Amazing Race KMJ telah diadakan yang melibatkan semua fasilitator, baik sebagai pemain ataupun sebagai penjaga check-point. Permainan yang dijalankan selama 5 jam itu bermula jam 8 pagi hingga jam 1 tengah hari. 8 kumpulan telah dibentuk secara rawak dan tugasan yang pelbagai (tugasan tipu, menyanyi, menyusun perkataan, makan benda pelik, berlakon dsb.) memang menarik dan menyeronokkan, di sebalik penat, letih dan tertekan. Aktiviti seperti telefon buruk, ikatan tanpa putus dan permainan saham juga turut diadakan. Bagi kes riadah, J-robik adalah rutin tahunan manakala poco-poco telah dimansuhkan tahun ini untuk fasilitator.
Paling tidak dilupakan, seperti tahun lepas apabila terdapat fasilitator yang akan dihantar ke Pontian, tahun ini pula, fasilitator di'hantar' ke Banting. Di'hantar' ye, Sila tengok balik ada tanda di atas tu. Haha. Ini bukan apa. Saja, prank yang dirancang oleh En. Hassan. Untuk menguji sama ada budak-budak ni sayangkan KMJ atau tidak. Bila dipanggil tu, memang masing-masing muka terkejut. Bila dikumpulkan, Aiman pula brain wash diorang. Memang ada yang sampai teresak-esak. Ada juga yang mengamuk. Ada yang buat muka blur. Tapi, prank tu tak pernah dibocorkan. Masing-masing hanya menunggu kenderaan untuk mengambil mereka ke Banting sehinggalah ada segelintir dua yang meneleofon sendiri En. Hassan dan mengetahui kisah sebenar. Tapi, ada juga segelintir yang lain tak tahutahu lagi yang semua itu hanyalah mainan. Sampai hari sebelum pendaftaran pun ada lagi yang percaya. Ada tu, siap sanggup nak tukar suka sama suka. Kesian. Tapi, sampai sekarang, aku tak hairan kalau ada juga yang masih tertanya-tanya, kenapa diorang tak dihantar ke KMJ.
Berkenaan dengan Minggu Pengurusan Pelajar Baru, belum lagi bermula, sudah ada spekulasi, kontroversi, media sensasi atau apa sajalah, berkenaan 'Tuan Muda' yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini dan OKU yang mendapat tajaan SIRIM, bakal menjadi pelajar baru KMJ sesi 2010/2011. Apa yang dirisaukan ialah bagaimana keadaannya hari pendaftaran nanti apabila media yang berkemungkinan akan masuk ke KMJ dan membuat liputan khas tentang dua orang ini. Tentang hal yang lain, tiada masalah sangat. Fasilitator juga telah diberi pendedahan, cerita dan taklimat tentang hari pendaftaran tersebut supaya mereka bersedia untuk bertugas di tempat yang telah ditetapkan. Apapun, pada hari kejadian, 2130 orang telah mendaftar tanpa sebarang masalah besar. Flow pendaftaran juga berjalan lancar (melainkan beberapa insiden fasilitator yang selalu salah faham, aku pun naik pening).
Sepanjang Minggu Pengurusan, ada insiden pensyarah yang tidak puas hati dengan fasilitator. Para pensyarah yang jenis ni tidak sedar ke bahawa fasilitator ini adalah orang luar yang dijemput untuk berkhidmat di bekas kolej pengajian mereka. Kebanyakan daripada mereka bakal lebih berjaya daripada pensyarah-pensyarah itu, tetapi memandangkan mereka masih menghormati pensyarah yang pernah mengajar mereka, mereka tetap turun dan menyumbangkan khidmat, bukan untuk diherdik, difitnah dan dimarah tanpa alasan yang munasabah. Kalau begitu kesnya, pensyarah tersebut tidak layak dihormati lagi seumur hidupnya.
Berkaitan dengan kes itu, Mr. X (bukan nama sebenar) telah cuba untuk mengharu-birukan fasilitator dengan mencanang satu KMJ keburukan fasilitator. Mr. X tu sebenarnya ditugaskan untuk mengendalikan Malam Penutup. Untuk membantu, seperti tahun lepas, fasilitator Biro Majlis Penutupan dan Persembahan akan membantu sedaya upaya mereka bagi melancarkan Majlis Perasmian Penutupan MPPB 10/11. Seorang fasilitator senior yang cute dan berpengalaman tinggi ni pun beriya membantu Biro yang kurang berpengalaman ni. Tetapi, yang buat t**inya (sila tafsir ikut fahaman masing-masing), Mr. X telah mengkucar-kacirkan keadaan. 1st thing, dia nak persembahan itu ikut kepala dia. Dia bagi basic flow. Tooooo basic dan minta fasi tolong handle persembahan. Fasi pun completekan la flow tu dengan pelbagai persembahan yang gempaq. Dia pulak tak setuju. Dia nak semuanya seperti yang dia nak. Lagu pilihan dia, konsep dia, set dia, flow dia. Fine! Yang berbulunya, apabila budak-budak yang dah dipanggil dan direkrut tamat latihan dan ready untuk buat rehearsal, dia pula potong suka-suka hati dia. Yang lagi teruknya pula, dia maki hamu fasilitator, buat cerita belakang, canang sekampung yang fasilitator ni tak reti buat kerja. Bak kata dia, "I'm your boss! I boleh lucutkan you dari jadi fasilitator.' Amboi, amboi, amboi. Bukan dia yang jemput kami jadi fasilitator. Dan dia juga bukan bos kami! Kami ada ketua! Kami ada penyelaras! Kami ada organisasi kami sendiri. Kami ini sebuah alumni! @#$%&&$!!! (Sila tafsir ikut fahaman masing-masing). Dengan sebulat suara, ketika post-mortem, kami akan memboikot Majlis Penutupan tersebut.
Dalam kehangatan yang terjadi, kami seia sekata akan menghantar memorandum atau petisyen yang akan ditandatangani semua fasilitator dan akan dihantar ke Pengarah KMJ. Jika tidak cukup, kami akan hantar terus ke peringkat Bahagian ataupun Kementerian. Bukan bagi pihak kami sahaja, tetapi bagi pihak pelajar yang telah bertungkus-lumus berusaha membuat latihan tetapi dipotong begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. (Alasan yang dia katakan, "I tak nak panjang-panjang." "Kompang dan silat ni setakat celah gigi sahaja.") Sedangkan pasukan silat dan kompang bukan calang-calang. Yang pasukan zapin pun, dah sampai luar negara. Tapi disia-siakannya. Dan lagi, set masa yang telah pun disusun tidak lebih pun dari yang diperuntukkan. Memang program dah disusun baik. Malangnya, si Mr. X yang sungguh jahil ini, tidak pernah nak ambil peduli. Kesian budak-budak baru. Baru masuk KMJ, dah dilayan sebegitu rupa. Macam mana mereka nak berbakti kepada KMJ nanti? Lagi-lagi KMJ tahun ni akan handle KAKOM (Karnival Ko-kurikulum Kolej-kolej Matrikulasi). Siapa yang mereka akan hantar jika yang bagus-bagus ni dah merajuk dan serik dengan layanan KMJ?
Hanya kerana Mr. X ni, pihak lain seperti HEP dan pensyarah lain jadi mangsa. Tiada seorang pun yang dapat bantuan fasilitator. So, bayangkanlah kalau tahun depan, seorang fasilitator pun tak mahu bantu. Pensyarah buat sendiri semua kerja ketika MPPB. Teriak la korang dengan student-student baru. Ada kami kisah?
Apapun, selepas berunding dengan HEP, Ketua Jabatan yang berkaitan dan pihak teknikal serta pensyarah, kami masih mampu bertolak ansur. Kami masih ada perikemanusiaan. Tapi, bukan untuk Mr. X. Dia patut ditanam di lapisan Bumi yang paling dalam. Hahaha...
Dengan kuasa yang diserahkan sepenuhnya kepada fasilitator, kami dikehendaki mengendalikan Majlis Perasmian Penutupan MPPB 2010/2011 dalam tempoh 2 jam sahaja. Darfizzi selalu Stage Manager & Performance Director dan dibantu oleh Lamka, mereka menggerakkan semua fasilitator untuk membantu dari semua aspek, teknikal, persembahan, protokol, dsb. Jam 9.10 malam, semuanya bermula, Itulah detik penentuan sama ada mampu atau tidak, fasilitator sebagai sebuah pasukan, mengendalikan sebuah Majlis yang persediaannya hanya 2 jam sahaja.
Mujurlah, semua persembahan sangat menarik dengan konsep tanpa henti, ia sangat kurang memakan masa dan penonton tidak mudah bosan. Tetapi, yang paling menarik ialah persembahan fasilitator. Dengan menggunakan lagu tema tahun ini iaitu "Through My Window", persembahan fasilitator yang diiringi montaj dan minus one adalah yang paling menggamat suasana dengan persembahan yang sangat sempoi, menyeluruh, penyampaian yang mesra dan berjiwa muda. Mudah kata, memang paling gempak la! Memang yang terbaik dari persembahan fasilitator sebelum ni. Di samping
Hari terakhir, hari Jumaat, sesi bergambar diadakan. Simple tetapi bermakna. Tahun ni, gambar lebih formal dengan latar belakang yang lebih menarik iaitu latar belakang KMJ (macam gak tahun-tahun lepas).
Malamnya pula, sempena jamuan perpisahan, fasilitator memang sangat kreatif kerana mewujudkan satu aktiviti khas iaitu persandingan ala Melayu. Asalnya, ini hanyalah perbualan kosong yang kemudiannya dijadikan realiti. Terima kasih kepada Nana yang bertungkus lumus menyiapkan kelapan-lapan hantaran. Maka, bersempena dengan itu, aku menyatakan bahawa tema pakaian untuk jamuan malam itu ialah tema kekampungan (walaupun menu jamuan ialah western. Hahaha.) Yang akan disandingkan ialah Haiqal a.k.a. Monyol dan Fatin a.k.a. Piona. Aku pula mengambil watak sebagai bapa pengantin lelaki manakala Darfizzi mengambil peranan sebagai bapa penganti perempuan. Memang lengkaplah persandingan malam tu. Ada bunga manggar. Ada rombongan hantaran pengantin. Ada kompang. Ada tol (standard la), lagi-lagi pengantin perempuannya orang Melaka, pengantin lelaki pula orang Negeri Sembilan (konon-kononnya la). Siap ada tepung tawar (tapi guna bunga rampai tipu-tipu je. Hahaha.)
Hari pulang, iaitu hari Sabtu, pagi-paginya, ada fasilitator yang ke Sagil untuk bermandi-manda di Gunung Ledang. Ramai jugalah yang turut serta. Jangan main-main. Meriah dibuatnya. Macam-macam aksi, gaya dan permainan yang mereka lalukan dalam air. Aku pula, hanya berperanan sebagai jurugambar. Malas nak mandi sungai. Badan tak sedap. Nanti demam pula.
Apapun, terima kasih kepada semua fasilitator yang memberikan kerjasama yang baik, kenangan yang penuh berwarna-warni dan senyuman yang indah sepanjang masa terutama sekali agenda membudayakan salam (sambil angkat tangan) yang sudah tentu sangat istimewa. Memang tahun ini, kita dapat rasakan komuniti fasilitator sebagai sebuah keluarga. Kalau ada rezeki, insya-Allah kita akan berjumpa lagi tahun depan atau di mana-mana saja pada bila-bila masa.












ade kontroversi
the same mr x ke??
hehe ape la yg drg xpuas hati sgt...
aishh pape pun u guys the best.. :)
~~ nina choc ~~
abg long..,nape letak pix saye d akhir cerita..
aduhai....btw..,leh x nk copy paste cte ni?...
ngee...
sowie sbb slalu tdo masa post mortem.. ngee...
huda sakinah
:-)
sowei xdpt involve....mlm mase ak dtg tu pon dpt emergency call....atok masok wad
anyway congrats to all fasi
:-)
iqa: best pe gambar last tu... hehe. kalo nk copy, leh je. tp letak la kredit ye...
huda: jgn tdo lagi... hehe
gonjol: tu la. tkejut gak bile ko ilang tetiba. at least, time kasih la sbb sanggup dtg...
byk upenye saya trtinggal cerita..
nnt story ea abg long..
wanna know jgk pe cer..
~~ nina choc~~
tahniah ler abg hafiz..
fazoo thnks bg link....haha
-shawal-
thanks a lot abg long.....
gonna miss all of you...
we're one family!!
thanks a lot abg long.....
gonna miss all of you...
we're one family!!
-amiza shayeeda-