Saturday, September 18, 2010
"Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul" - Ku Bukan Aku
Tadi siang, aku bawa diri, tiba-tiba terasa nak berjalan keliling KL. Aku tak pernah betul-betul explore KL dengan keta. Ya la. Selama ni, bila masuk KL, aku prefer berjalan, so, mana-mana nak pergi, boleh terjah je. Haha. Tapi, dengan kereta, ternyata lain rasaya. Ya lah. Takkan kereta boleh ikut macam orang, naik jejantas, lalu belakang kedai lepas tu tiba-tiba berhenti bergambar. Hehe. Sah kena saman.
Sebaik selepas dari Istana Budaya (beli tiket untuk Muzikal Tun Mahathir), aku rasa macam nak mencari ilmu. .jpg)
Hehe. Lalu, aku pun pergi beraya di Sri Taman. Tak ramai orang (macam tak ada orang pun). Rasanya, selain aku, yang ada hanyalah tukang cuci. Rumahnya besar. Tapi, kenangan di dalamnya memang tidak terkata. Aku menyusuri sejarah rumah dan tuan rumahnya sendiri. Walaupun sekejap. Memang terasa. Tapi, yang best, dalam rumah tu ada tulisan hieroglif Mesir. Yang mana...? Ala, tulisan yang macam gambar tapi bukan gambar. Ada burung la, ada orang la. Hehe. Aku berjaya decode tulisan tu tak sampai seminit. Hehe. Best-best. Tapi, tuan rumah tak bagi hadiah pun.
Kemudian, aku beraya ke rumah Sri Timah. Rumah ni lagi besar, lagi moden, lagi dasat. Mewahnya tak terkata. Macam hotel pun ada. Aku masuk dalam rumah tu, meremang bulu roma. Macam penuh orang tapi tak ada orangpun. Sempat juga aku jengah ke dapur, ke bilik cuci, bilik air, bilik anak dara. Hehe. Bayangkan, rumah sebesar-besar tu, aku seorang je di dalamnya. Tuan rumahnya tak ada. Keluar lama dah. Yang tinggal, tukang cuci dan tukang kebun je. Rumahnya pun dahlah terpencil. Kat atas bukit. Kalau malam-malam, memang seram. Tuan rumah dia dulu tak seram ke?
Hehe. Balik saja, terus aku teringin rasa McD Triple Cheeseburger (asalnya nak makan Carls Jr. tapi malaslah). Sekali dapat burgernya, adeh. Macam burger penyek. Burger Pak Mat bawah pokok lagi tinggi burger dia. Cet. Kalau aku tau, baik aku pergi je Carls Jr. makan burger gadang. Hehe... .jpg)
Apapun, itulah pengalaman beraya yang istimewa, banyak ilmu yang dapat ambil berkenalan dengan orang yang kita tak sangka. Jadi, rasanya, belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca. Maaf kerana susah nak update. Huhu. Kena ikut angin juga. Apapun, selamat beraya!
P/S - Rumah Sri Taman adalah nama asal Memorial Tun Abdul Razak bin Dato' Husin yang juga bekas kediaman rasmi Perdana Menteri ke-2 dan ke-3. Namanya diberi sempena kedudukannya yang berada di Taman Tasik Perdana.
Gambar diambil dari [Web Kumpulan Jetson Berhad]
P/P/S - Rumah Sri Timah pula ialah nama asal Sri Perdana KL atau kini, Galeria Sri Perdana, yang merupakan bekas kediaman rasmi Perdana Menteri ke-4 sebelum berpindah ke Putrajaya pada 1999. Sri Timah asalnya kepunyaan Malaysia sebelum dibeli Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia (walaupun sepanjang digunakan, hanya Che Det sekeluarga saja yang sempat guna).
Wassalam.
1 Comment:
-
- iHayat said...
September 21, 2010 5:09 PMwuu tak ajak! ak nk tgk gak! :(

