Friday, October 15, 2010

"Baby, can’t you see
I’m calling
A guy like you
Should wear a warning
It’s dangerous
I’m fallin’"
- Toxic

Semua laman jaringan sosial kini membolehkan penggunanya berkongsi gambar, lagu kegemaran, malah butiran penting tentang kelas mereka dalam Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan pelbagai lagi. Walaupun begitu, ada juga bahagian peribadi yang tidak patut didedah jika anda tidak mahu jenayah - siber ataupun apa saja - untuk mencari kesempatan.

Pihak Insure.com menyatakan posting pada Facebook yang tidak berhati-hati akan membuatkan insurans anda dibatalkan ataupun menyebabkan anda membayar lebih dari lingkungan insurans hayat anda. Walaupun sekarang ini, gosip kecil ataupun gambar foya-foya juga mampu menyebabkan anda kehilangan kerja.

Anda boleh berseronok menikmati jaringan dan berkongsi pengalaman dan gambar yang menarik, tetapi anda patut tahu berkongsi sesetengah maklumat mampu meletakkan anda dalam risiko. Jadi, apa yang patut kita elakkan dari diletak pada laman jaringan sosial ini?

Tarikh dan Tempat Lahir

Sudah tentu anda boleh katakan hari apa anda lahir, berapa haribulan pun boleh. Tetapi, jika anda meletakkan tahun dan tempat kelahiran juga, anda telah memberikan pencuri pengenalan kata kunci untuk mencuri kehidupan kewangan anda. Kajian oleh Carnegie Mellon menunjukkan tarikh dan tempat lahir memang boleh digunakan untuk meramalkan kebanyakan - kadang-kadang hampir semua - nombor keselamatan sosial dan kata laluan anda.

Rancangan Perjalanan dan Percutian

Adalah lebih baik anda tulis "Rompaklah saya" dari anda tulis "Bercuti ke Tioman! Dua hari lagi dan kita berskuba!!!" Letaklah gambar di Facebook setelah anda kembali, jika anda ingin berkongsi cerita. Lagipun, apa guna anda pos status awal jika anda belum lagi merasakan pengalamannya. Cuma, janganlah anda menjemput penjenayah dengan memberitahu umum ke mana anda akan pergi secara terperinci.

Alamat Rumah

Perlu diterangkan lagi ke? Kajian terbaru oleh Institut Ponemon mendapati pengguna laman sosial berada dalam risiko besar bagi kecurian harta benda dan identiti hanya kerana maklumat yang didedahkan. 40% daripadanya meletakkan alamat rumah mereka di laman web manakala 65% pula tidak cuba menghalang orang asing dengan setting peribadi. Malah, 60% daripada mereka sendiri tidak yakin yang "kawan" mereka itu ialah orang yang dikenali.



Pengakuan

Anda mungkin bencikan kerja anda; menipu cukai; ataupun mengambil barangan rahsia, tetapi laman sosial bukanlah tempat untuk anda luahkan segala-galanya. Majikan lazimnya menggunakan laman sosial untuk mengenalpasti siapa yang akan dilantik - dan kadang kala, yang akan dipecat. Perlukan bukti? Beberapa bulan yang lepas, seorang dispatch telah dipecat di Wisconsin kerana menggunakan dadah; seorang pelayan dirotan kerana merungut tentang pelanggan mereka dan maskot Pirate Pittsburgh telah dibuang kerang mengutuk kumpulan mereka dalam Facebook. Kajian yang dilakukan tahun lepas menganggarkan 8% daripada syarikat telah memecat seseorang kerana "menyalahgunakan" media sosial.



Bayangan Kata Laluan

Jika anda ada akaun dalam talian, anda mungkin perlu menjawab pelbagai soalan keselamatan, memberitahu bank atau firma saham tentang nama ibu anda; tempat anda berkahwin; atau nama lagu kegemaran anda. Adakah anda letakkan juga benda yang sama di profil Facebook anda? Bagus. Kerana anda telah memberikan petunjuk untuk penjahat meneka kata laluan anda.

Tingkah-laku Berbahaya

Anda suka bawa Camaro klasik anda berlumba di jalanan, terbang tinggi di pergunungan dengan peluncur, atau suka merokok seperti penyedut hampagas? Pihak insurans kini sangat lazim untuk buka laman web bagi mengetahui sama ada pemohon atau pelanggan mereka hidup dalam keadaan baik atau merisikokan diri dan harta benda mereka. Buat masa ini, masih belum ada cara yang berkesan untuk mengumpul data, maka pembatalan atau kenaikan harga masih jarang berlaku. Tetapi, dalam dunia yang semakin maju teknologinya kini, mereka sudah mula menjalankan kajian dan penyelidikan. Dan sudah tentu, bukan untuk menguntungkan anda.

0 Comments:

Post a Comment



Me, Myself & Twitter

    follow me on Twitter

    Me, Myself & The Time Keeper

    Me, Myself & the Hit

    Me, Myself & the Spy