Monday, October 4, 2010

"Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa"
- Lagenda

Bukanlah mudah untuk mementaskan biografi seorang yang masih hidup di atas pentas muzikal. Malahan, yang dipersembahkan itu pula, bukanlah watak seni, watak dongeng atau watak abstrak tetapi watak politik yang sebenar, yang masih lantang, yang masih hidup ketika dipentaskan, dan orang itu pula dikenali hampir serata dunia.



Itulah dia sedikit pendahuluan tentang pementasan Muzikal Tun Mahathir (MTM). MTM ini diarah oleh Rosminah Tahir, membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Mohd Shafeiq Shazwan, Zizan Nin & Esma Daniel sebagai Tun Dr. Mahathir (kanak-kanak, remaja, dan dewasa) manakala Erra Fazira sebagai Tun Dr. Siti Hasmah. Boleh dikatakan penyampaian mereka untuk watak Perdana Menteri Malaysia dan Wanita Pertama Malaysia ke-4 ini agak menjadi, walaupun adakalanya, hilang juga aura dan perasaan Dr. M tu. Tetapi, maling mengagumkan ialah peranan Erra. Cukup mudah untuk menggambarkan Siti Hasmah apabila melihat gaya Erra melakonkan watak wanita hebat itu.

Barisan pelakon utama


Rentetan hidup Dr. M dipaparkan dengan ringkas, dan hanya beberapa sahaja perkara disusun dalam babak-babak berasingan, seolah-olah kelicinan perjalanan kisah hidup Dr. M agak janggal. Kesinambungannya hilang, dan terasa seperti kekosongan. Tidak dilupakan juga, terdapat beberapa babak yang seperti meleret atau tidak terisi dengan baik.

Jalan ceritanya pula, bagi mereka yang kurang membaca dan mengenali sejarah Dr. M, cerita ini mungkin sangat banyak memberi maklumat tentang beliau. Tetapi, bagi orang yang dah banyak membaca, mengenali, mengimbau dan mendengar sejarah Dr. M, teater ini tidak memberi banyak cerita yang baru. Maka, boleh dikatakan perspektif yang ditunjukkan masih lagi umum seperti dalam buku.

Pelakon dan wataknya


Apapun, masih terdapat babak-babak yang mengujakan seperti kenangan manis Dr. M dan Hasmah di King Edward VII Medical College serta persembahan tarian simbolik antara Dr. M dan timbalannya. Perkara dan peranan yang jelas dan nyata ditunjukkan tentang apa yang telah berlaku dengan Musa Hitam, Allahyarham Ghaffar Baba dan Anwar Ibrahim semasa masing-masing menjadi orang no.2 di bawah Dr. M. Perkara itu, memang mampu membuatkan bulu roma meremang apabila mengenangkan konflik Dr. M dengan timbalannya. Simbolik pertarungan keris pula, menunjukkan konflik politik yang berlaku. Setiap bait dan tutur kata dalam lagu pula jelas membayangkan apa yang berlaku dan dilakukan oleh 3 TPM itu. Masih terngiang-ngiang lagi baris-baris yang disebut oleh "Musa", "Ghaffar" dan "Anwar".

Lagu-lagunya, ada masanya menambat hati, mampu memberi kesan dan diingati manakala sesetengah tu hanya ibarat pengiring babak yang tidak memberi apa-apa makna terhadap plot. Dan, sebelum ni, ada terbaca juga satu komen tentang MTM, dan ternyata komennya betul. Pementasan itu menunjukkan semua pencapaian, projek mega dan dasar-dasar hebat yang dibuat oleh Dr. M tetapi, tidak langsung dinyatakan kenapa semua itu dibuat.

Apapun, penampilan pelakon seperti Dato' Jalaluddin Hassan, Zaibo, Misha Omar dan lain lagi juga memberi impak yang sedikit sebanyak mampu mengisi 'kekosongan'. Cuma, yang kurang menariknya, props dan pergerakan props agak mengganggu dan tidak mengisi dengan sebaiknya. Jadi, para penonton juga mudah terganggu perhatiannya.

"Mereka masih perlukan you... Det"

"Ayaq haliaaaaa...."


Maka, kalau ada peluang, pergilah tengok. Tayangan kini disambung sehingga 9 Oktober 2010. Mungkin ada yang akan tersentuh, kagum ataupun tersentap dengan kisah ini.

Walaupun taraf muzikal ini masih belum menandingi P. Ramlee the Musical, ia masih mampu berdiri dengan gah sambil membawa nama manusia yang paling ulung di Malaysia. Semoga, sedikit sebanyak penonton dapat memanfaatkan apa yang ditunjukkan demi mengenang Bapa Pemodenan kita.

Gred: PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wassalam

3 Comments:

  1. Ahya Emerald said...
    enchek, tiket bape riban ye enchek??
    giantpolar said...
    tgok la kt ticket.biz. mcm2 harge ada...
    Myth said...
    ada orang nk belanje?

Post a Comment



Me, Myself & Twitter

    follow me on Twitter

    Me, Myself & The Time Keeper

    Me, Myself & the Hit

    Me, Myself & the Spy